Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Tashkent selepas mengakhiri lawatan rasmi empat hari beliau ke Uzbekistan.

Muhyiddin, yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, meninggalkan ibu negara republik Asia Tengah ini petang tadi.

Acara terakhir beliau ialah mempengerusikan sesi meja bulat dengan tokoh perniagaan Uzbekistan dan Malaysia, yang menyaksikan kedua-dua pihak mencari jalan memperkukuh hubungan perdagangan serta pelaburan antara Malaysia dan Uzbekistan.

Muhyiddin turut mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev dan melawat Uzbekistan State University of World Languages untuk terus mempromosi pengajaran serta pembelajaran Bahasa Melayu.

Beliau juga melancarkan Pesta Pendidikan dan Pameran Kesenian Malaysia 2014 serta menghadiri perhimpunan bersama komuniti Malaysia di sini.