Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas untuk berkata apa sahaja yang terbuku di fikirannya, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun, menurut pemimpin veteran UMNO itu, ianya terpulang kepada orang ramai untuk menilai sama ada kata-kata Muhyiddin itu betul ataupun salah.
"Beliau bebas melakukan apa sahaja yang beliau suka, berdasarkan pemikirannya. Sama ada tindakan itu betul atau salah... terpulang kepada yang lain untuk menilainya.
"Berkenaan Muhyiddin, tindakannya itu hanya boleh dinilai oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO," kata beliau ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
Mengulas mengenai tindakan menentang kepimpinan parti, Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata, adalah salah untuk menganggap bahawa sesetengah perkara hanya dihadkan oleh orang-orang tertentu.
"Masyarakat kita masyarakat terbuka... bukan sahaja Malaysia, tetapi dunia. Apa yang saya katakan hari ini boleh menjadi viral pada minit berikutnya.
"(Jadi) anda tidak boleh anggap bahawa apa yang dibincangkan akan hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja," katanya lagi.
Muhyiddin dalam satu sesi dialog pada Sabtu, telah menegaskan bahawa beliau bukan lah musuh di dalam selimut.
Malah, Ahli Parlimen Pagoh itu mempertahankan tindakannya bersuara yang disifatkannya sebagai manifestasi kesetiaan terhadap parti.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga berkata beliau tidak takut berdepan sebarang kemungkinan, meskipun jika ia memberi kesan kepada kedudukannya di dalam UMNO.
Hafiz Marzukhi
Mon Oct 26 2015
KU LI: Berkenaan Muhyiddin, tindakannya itu hanya boleh dinilai oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.