Skip to main content

Malaysia

Muhyiddin bertemu KSU Kementerian Pendidikan, Kementerian Luar Negeri

81583314119_TanSriMuhyiddinYa.jpg
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Muhyiddin berkongsi intipati pertemuan itu.

Antaranya, pertemuan bersama KSU Kementerian, Datuk Dr Mohd Gazali memberi penerangan mengenai perkembangan sektor pendidikan negara.

"Ia termasuk  statistik pencapaian terkini dan cadangan untuk mempertingkatkan bidang ini (pendidikan).

"Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dari Kementerian Luar Negeri, pula memaklumkan tentang keadaan semasa hubungan Malaysia dengan negara-negara lain.

"Di samping jalinan kerjasama serta persidangan penting yang akan berlangsung tahun ini," jelasnya.

 

Muhyiddin dipilih menjadi Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu. 

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.

BACA: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri ke-8


Advertisement

Must Watch Video