KOTA BHARU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mengambil perhatian dalam isu campur tangan menteri dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang timbul kebelakangan ini.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn menjelaskan, berita melibatkan kepentingan rakyat menimbulkan tanda tanya berhubung keseriusan kerajaan dalam membendung jenayah.
Katanya, rakyat kini sedang mengikuti rapat setiap isu yang berlaku dan mahukan diri mereka berasa selamat tinggal di negara ini.
"Wujudnya sindiket mahupun kartel jenayah ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara, malahan ada yang mengancam keselamatan rakyat mendedahkan rakyat kepada aktiviti tidak sihat.
"Hal ini menjadi tanggungjawab kepada PDRM dan merupakan sebab mengapa perlunya kepimpinan yang baik ditonjolkan.
"Terlalu banyak pendedahan dan tangkapan dibuat oleh PDRM yang selama ini tidak diketahui rakyat kewujudannya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
BACA: RM3.5 bilion dadah yang dirampas dalam simpanan PDRM - Ketua Polis Negara
BACA: Dipukul kerana puasa: Polis kesan ada pihak ugut isytihar 'perang', kepung Klang
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya hampir melengkapkan siasatan terhadap ahli perniagaan yang terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadi dan rakannya.
Jelasnya, sebaik semuanya selesai, suspek akan dicadangkan pertuduhan selepas tamat reman pada Ahad.
Dalam pada itu, tegas Bastien, rakyat memandang positif pelbagai pendedahan PDRM tentang isu jenayah akhir-akhir ini.
"Rakyat melihat banyak perkembangan positif tentang pendedahan yang dibuat oleh PDRM berkaitan kartel serta sindiket yang menjalankan pelbagai aktiviti jenayah.
"Hal ini memberi impak positif kepada masyarakat yang sudah lama mahu melihat aktiviti jenayah dibendung dan dikekang
"Antaranya keberkesanan Ops Benteng yang menjalankan aktiviti penyeludupan manusia dan migran, penyeludupan dadah berpengkalan di Pulau Pinang, Macau Scam, Geng Nicky dan terbaharu kes pengawal peribadi yang mungkin membawa kepada pembongkaran kes judi dalam talian san peminjam wang haram," ujarnya
Tambahnya, persoalan bagaimana kumpulan itu menjadi terlalu besar dari segi operasi dan nilai kewangan menjadi tanda tanya kepada rakyat sekali gus mengharapkan tindakan pantas polis.
"Kesemua jenayah ini merupakan ancaman yang besar kepada rakyat. Rakyat mahukan tindakan diambil kepada penjenayah ini. Mereka harus dilindungi daripada ancaman jenayah seperti ini.
"Berapa ramai yang sudah menjadi mangsa? Itulah pentingnya kepimpinan di dalam PDRM supaya ia mampu memberi impak kepada masyarakat.
"Rakyat sudah terlalu lama mendambakan tindakan dan pembongkaran sebegini oleh PDRM. Mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada PDRM untuk melindungi rakyat dan bukannya membenarkan penjenayah ini terlepas," jelasnya.
Paling utama Bastien memberitahu, PDRM harus diperkasa dari segi kepimpinan dan peralatan.
"Mesti ada 'political will' dan kepimpinan yang mampan di PDRM bagi memerangi jenayah," katanya.
Astro Awani
Sat Apr 17 2021
Paling utama Bastien Onn memberitahu, PDRM harus diperkasa dari segi kepimpinan dan peralatan. - Astro AWANI
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
PAU 2024: Di sebalik cabaran, Pemuda UMNO terus dapat tempat - Akmal Salleh
Di sebalik cabaran dan rintangan politik, pemuda UMNO terus mendapat tempat dan menjadi kesayangan orang ramai.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
PRK Nenggiri: Mohd Azmawi janji galas amanah, tanggungjawab sebaik mungkin
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.