Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah dan strategi untuk mengurangkan kenaikan harga dan kos hidup.
Beliau berkata satu daripadanya ialah penubuhan jawatankuasa kabinet, dipengerusikan beliau sendiri, untuk memantau kenaikan kos hidup di dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada majlis makan malam dengan Majlis Penuntut Malaysia di United Kingdom dan Eire (Ireland) di sebuah hotel di sini pada Isnin malam. Muhyiddin berada di sini untuk lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom dari Isnin untuk menghadiri Forum Pendidikan Sedunia 2014, perhimpunan terbesar menteri-menteri pendidikan dan kemahiran di dunia yang dihadiri 97 menteri mewakili 100 negara dari 20 hingga 22 Jan.
Menjelaskan isu menjejaskan rakyat itu telah diperdebat secara meluas di tanah air, Muhyiddin berkata antara langkah diambil jawatankuasa kabinet ialah turun padang untuk mengenai pasti punca kenaikan harga berkenaan.
"Kami turun padang untuk meninjau kenaikan harga dan mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang.
"Banyak faktor menyebabkan harga naik. Apa yang menyebabkan kos meningkat - adakah disebabkan dasar-dasar kerajaan atau peniaga tidak bertanggungjawab?" katanya.
Muhyiddin berkata kenaikan harga tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Memberikan contoh London, beliau berkata di sebalik menjadi antara bandar raya paling mahal di dunia untuk dihuni, ia masih mempunyai banyak tempat menarik untuk membeli-belah.
Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan mengkaji harga berkenaan dan akan campur tangan untuk memastikan rakyat mendapat keadilan. "Isu ini perlu dikendalikan secara holistik," katanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata Malaysia perlu terus mempunyai dasar-dasar fiskal yang baik untuk membolehkannya menguruskan situasi itu.
"Kami mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima dan 5.5 peratus. Kami mempunyai dana-dana dan banyak peluang kerja yang telah menarik lebih dua juta pekerja asing ke negara, dengan antara 500,000 dan satu juta daripada mereka pendatang tanpa izin," katanya.
Beliau berkata Malaysia turut menikmati kadar inflasi rendah, antara 2.5 dan 3 peratus, dan telah hampir mencecah tenaga kerja penuh.
"Di sebalik kejayaan negara dalam menguruskan ekonomi, Malaysia masih perlu berhemah dalam perbelanjaannya dan sepatutnya mencapai defisit fiskal kurang daripada 30 peratus, kata Muhyiddin sambil menjelaskan kerajaan baru-baru ini mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan.
"Jika tidak, situasi ekonomi akan memberi kesan kepada rakyat biasa," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga terbuka kepada idea dan cadangan pihak lain.
Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) atau UKEC secara rasminya diasaskan pada 1995 dan berperanan sebagai platform kepada penuntut Malaysia di rantau ini, di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan, untuk berinteraksi.
Bernama
Tue Jan 21 2014
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada majlis makan malam bersama Majlis Eksekutif United Kingdom dan Eire (UKEC) 2013/2014. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin
Ia adalah kesilapan kerajaan selama ini yang menyebabkan kuasa membeli rakyat tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.
Isu kenaikan kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu bakal diajukan Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
Perhimpunan Rakyat: Protes di UK bantah kenaikan kos sara hidup
Protes dianjur dan diselaraskan oleh kumpulan pendesak politik serta disokong oleh pelbagai kesatuan.
Muhyiddin jelas langkah kerajaan kurangkan kenaikan harga, kos hidup
Antara langkah diambil jawatankuasa kabinet ialah turun padang untuk mengenai pasti punca kenaikan harga berkenaan.