awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin junjung kasih Al-Sultan Abdullah sempena ulang tahun kedua sebagai Agong

Bernama
Bernama
31/01/2021
11:38 MYT
Muhyiddin junjung kasih Al-Sultan Abdullah sempena ulang tahun kedua sebagai Agong
Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja 24 Jan 2019. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah dan menjunjung kasih sempena ulang tahun kedua Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah untuk terus beroleh keberkatan berkekalan.
"Ampun Tuanku. Hari ini 31 Jan 2021 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap dua tahun Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
"Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara. Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku," katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.
Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 15 Jan 2019.
Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja 24 Jan 2019 dan melafaz sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#rakyat Malaysia
#Perdana Menteri
#Al-Sultan Abdullah
#sempena ulang tahun kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan