PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dihadapi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah terbabit.
Beliau yang bersidang bersama Hakim, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S M Komathy Suppiah kemudiannya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu daripada semua pertuduhan berkenaan.
Ketika membaca keputusan secara sebulat suara tersebut, Hadhariah berkata, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu adalah jelas dan tidak memerlukan pihak pendakwaan untuk menyatakan secara terperinci butiran lanjut atau cara kesalahan itu dilakukan.
“Sehubungan itu, hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi undang-undang apabila memutuskan bahawa empat pertuduhan itu tidak mendedahkan kesalahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
“Mahkamah turut bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa, Bersatu merupakan sebuah pertubuhan parti politik seperti takrifan dalam Seksyen 3 Akta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya.
Menyentuh isu yang dibangkitkan oleh pendakwaan selaku perayu bahawa pertuduhan itu tidak cacat, hakim ini berkata, mahkamah menerima hujahan pihak berkenaan dengan menyatakan, ia sebagai suatu yang jelas.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib.
Muhyiddin pula diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Amer Hamzah Arsyad.
Sementara itu, semasa hujahan, Wan Shaharuddin berkata, Mahkamah Tinggi bertindak secara pramatang dengan melepaskan dan membebaskan Muhyiddin daripada semua pertuduhan itu sedangkan perbicaraan masih belum dimulakan.
“Saksi juga belum dipanggil untuk memberi keterangan dan mereka belum diuji melalui soal balas oleh pihak pembelaan,” katanya.
Mengikut empat pertuduhan itu, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk suapan masing-masing RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta (jumlah RM232.5 juta) yang diterima daripada tiga syarikat dan seorang individu bagi parti itu.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 28 2024
Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah terbabit. - Foto Bernama
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Satu lagi pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Mokhtar, isteri pada 26 April
Mahkamah Rayuan menetapkan 26 April depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya daripada tiga pertuduhan rasuah.
Kes VLN: Tarikh akhir rayuan pembebasan Zahid Hamidi 9 September
Tarikh 9 September ditetapkan sebagai tarikh untuk rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.