PUTRAJAYA:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira pukul 9.20 pagi, Isnin.
Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.
Turut kelihatan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang tiba kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kira-kira tujuh minit kemudian, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga dilihat tiba.
Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengenai keputusan Baginda untuk tidak mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini kerana tidak wujud keperluan.
Jemputan untuk membincangkan keputusan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu itu dipercayai dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum mesyuarat khas itu bermula.
Namun demikian, agenda sebenar mesyuarat khas Kabinet itu masih belum diketahui setakat ini.
Astro Awani
Mon Oct 26 2020
Muhyiddin dijadual mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra pagi ini. -Gambar fail/Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Al-Sultan Abdullah sangat berhemah, tenang ketika buat keputusan semasa krisis politik
Al-Sultan Abdullah terserlah dengan kewibawaan baginda yang sentiasa tenang menghadapi kemelut politik dan krisis Perlembagaan.
Krisis politik Guatemala: Pendakwa raya rampas dokumen pilihan raya
Krisis politik di Guatemala semakin memuncak selepas pendakwa raya menyerbu tribunal pilihan raya negara itu untuk mendapatkan dokumen berkaitan pilihan raya presiden Ogos lalu.
Ratusan ditahan ekoran situasi politik tegang di Senegal
Ratusan orang telah ditahan di seluruh negara sejak protes berdarah meletus sebagai reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pemimpin pembangkang, kata seorang pegawai pada Ahad.
Rakyat Bulgaria mula mengundi dalam pilihan raya awal
Hampir 6.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala 738 peti undi dibuka di 62 negara, menurut Kementerian Luar.
Lawatan Anwar ke Bangkok bakal pacu rundingan damai di selatan Thailand
Ahli akademik dan pakar yakin bahawa lawatan Anwar dijangka menyumbang momentum kepada proses dialog damai selatan Thailand.
RUU Antilompat Parti untuk elak negara berhadapan konflik politik berterusan - PM
Pindaan dilakukan bagi memberikan mesej jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili.
Krisis Sri Lanka: PM jemput penunjuk perasaan sertai kerajaan
Di bawah cadangan reformasi perlembagaan, kuasa Presiden akan dikurangkan dan kuasa Parlimen diperkukuhkan.
Sri Lanka naikkan lagi harga bahan api
Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan Sri Lanka sekali lagi menaikkan harga bahan api berkuat kuasa Selasa.