PADA hari pertama menggalas jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menerima banyak ucapan tahniah, yang bukan sahaja datangnya dari rakyat dan pemimpin politik di Malaysia, malah dari pelbagai lapisan masyarakat serantau dan antarabangsa.

Pada jam 2.54 petan, Muhyiddin menerima panggilan daripada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. Dalam perbualan selama hampir enam minit bersama Lee, Muhyiddin menyatakan hubungan dua hala Malaysia dan Singapura yang terjalin baik selama ini akan terus diperkukuhkan.

Sementara itu, pada 8.06 malam, Muhyiddin menerima panggilan dari Jakarta pula.

Berikut adalah video perbualan Muhyiddin dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang membuat panggilan telefon untuk mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada beliau.

BACA: Jokowi ucap tahniah, doakan hubungan Malaysia-Indonesia diberkati