KULAI: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu depan.
Pengerusi PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu akan mengumumkan nama-nama calon, selepas pimpinan pusat memuktamadkan perkara tersebut.
"Setakat ini memang nama-nama itu dah ada, jadi peringkat pusat yang akan membuat keputusan. Nama-nama sudah disenarai pendek, tinggal diumumkan sahaja.
"Dalam senarai calon-calon yang kita hantar di peringkat pusat, ada yang daripada golongan profesional serta pemimpin masyarakat, yang memang dikenali di dua kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor, di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, Dr Sahruddin yang juga Pengarah Pilih Raya bagi dua PRK tersebut berkata mesyuarat hari ini bagi merangka gerak kerja PN, dalam menghadapi PRK berkenaan.
Selain itu, beliau berkata jawatan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PRK digalas Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin dan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee.
Difahamkan majlis pengumuman calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan, dijangka dibuat dalam kawasan Parlimen Pulai.
Sebelum ini, Dr Sahruddin dilaporkan telah menghantar 15 nama ke pusat untuk dinilai sebagai calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.
Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Sahruddin berkata Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu akan mengumumkan nama-nama calon, selepas pimpinan pusat memuktamadkan perkara tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.