awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin umum pertahan jawatan Timbalan Presiden UMNO

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2013
11:35 MYT
Muhyiddin umum pertahan jawatan Timbalan Presiden UMNO
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Oktober ini sekaligus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan mencabar presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pengumumannya di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin menyatakan sokongan Najib untuk terus menerajui UMNO.
"Sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi, saya akan membantu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau sendiri akan menjadi pencadang kepada Datuk Sri Najib dalam borang pencalonan yang akan diserahkan pada 21 Sept ini.
Dengan keputusan terbabit, Muhyiddin meminta kerjasama, bantuan dan sokongan daripada rakan serta seluruh anggota parti, khususnya para perwakilan untuk membantunya, untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawabnya demi kepentingan orang Melayu, rakyat Malaysia, negara, bangsa, dan agama.
Muhyiddin seterusnya mengucapkan terima kasih terhadap kenyataan yang dibuat oleh badan-badan perhubungan Umno sebelum ini yang secara terbuka menyokong Najib dan beliau.
Menurutnya sokongan terbuka itu menjadi dorongan kepada beliau, kerana berpendapat ini membawa makna perkhidmatan beliau masih diperlukan parti.
Memetik laporan Bernama, beliau tidak berharap apa-apa kejutan menjelang pencalonan Sabtu ini walaupun sistem baharu pencalonan yang diamalkan kini agak lebih terbuka berbanding sebelum ini.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Muhyiddin Yassin
#Najib Tun Razak
#pemilihan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan