awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUIS rekod pungutan zakat sebanyak RM133 juta tahun lepas

Bernama
Bernama
12/04/2023
13:37 MYT
MUIS rekod pungutan zakat sebanyak RM133 juta tahun lepas
Pungutan zakat itu merupakan rekod baharu pencapaian pengurusan pungutan dan agihan zakat Sabah kerana telah melebihi unjuran yang dijangkakan iaitu sebanyak RM126 juta. - Gambar muis.sabah.gov.my
KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merekodkan pungutan zakat sebanyak RM133.4 juta dan agihan berjumlah RM122 juta pada tahun lepas.
Yang Dipertua MUIS Datuk Yahya Husin berkata pungutan zakat itu merupakan rekod baharu pencapaian pengurusan pungutan dan agihan zakat Sabah kerana telah melebihi unjuran yang dijangkakan iaitu sebanyak RM126 juta.
"Sepanjang 2022, MUIS menerusi bahagian-bahagian di bawahnya giat menggandakan aktiviti ke arah memartabatkan syiar Islam, memperkasa ekonomi serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Sabah dan Malaysia amnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar, penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan mualaf serta bakul makanan kepada asnaf daerah Putatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.
Selain itu, Yahya berkata pada tahun lepas juga MUIS berjaya mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 yang diberikan oleh Juruaudit Bertauliah Antarabangsa SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Katanya, MUIS juga memperoleh sijil bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk tiga tahun berturut-turut bagi prestasi penyata kewangan 2021, 2020 dan 2019.
"MUIS melalui hab halal juga sedang dalam usaha membangunkan makmal halal dan ekosistem halal maritim di negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MUIS
#pungutan zakat
#memperkasa ekonomi
#sistem penyampaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan