awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz umum rombakan portfolio Exco Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/08/2018
10:59 MYT
Mukhriz umum rombakan portfolio Exco Kedah
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (kanan) bersalaman dengan ADUN Kuah Mohd Firdaus Ahmad yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, NGO Kedah. - Foto Bernama
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengumumkan rombakan portfolio Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selaras dengan kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Rombakan itu susulan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad sebagai Exco baharu yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah siang tadi.
Mukhriz berkata pelantikan Mohd Firdaus itu berikutan Exco sebelum ini Datuk Amiruddin Hamzah yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan dan Agama telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan..
"Saya sendiri selaku Menteri Besar terus memegang Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan yang sebelum ini dipegang oleh Amiruddin Hamzah telah saya ambil alih," katanya di sini hari ini.
  • Berikut adalah senarai exco bersama portfolio baharu: Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir: Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan
  • Datuk Dr Ismail Salleh: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)
  • Tan Kok Yew: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan
  • Zamri Yusuf: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga
  • Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama
  • Mohd Asmirul Anuar Aris: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan
  • Ooi Tze Min: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
  • Dr Salmee Said: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia
  • R. Summugam: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Halimaton Shaadiah Saad: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan
  • Mohd Firdaus Ahmad: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Topic Berkaitan
#ADUN
#Amiruddin Hamzah
#Exco
#Menteri Besar
#Mukhriz Tun Dr Mahathir
#portfolio
#Sultan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan