IPOH: Pembetulan akan dibuat jika benar terdapat percanggahan fakta bahawa juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart sebenarnya tidak pernah mendarat di Lapangan Terbang Tekah, Taiping.
Ia berkait rapat dengan isu mural Amelia Earhart pada dinding sebuah premis di Jalan Abdul Jalil, Taiping.
Mural itu dihasilkan pada tahun 2019, namun wujud perdebatan kerana didakwa tidak relevan selain tiada bukti sahih dia pernah mendarat di lapangan terbang itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed berkata pihaknya sudah meminta Majlis Perbandaran Taiping (MPT) untuk menyemak fakta berhubung isu itu.
"Selalunya memang disemak (fakta), proses itu mesti ada semakan. Selalunya kita akan mohon kepada pihak terbabit juga untuk sediakan bukti bahawa fakta itu sahih.
"Mungkin ada percanggahan daripada segi pendapat di situ, saya masih belum dapat maklum balas jadi saya tak boleh komen lebih lanjut.
"Kita akan bincang semula dengan Yang Dipertua MPT, kita belum ada kepastian sama ada perkara itu betul bercanggah, tapi kalau benar kita akan membuat pembetulan di situ," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Ahli-Ahli Majlis MBI.
Nolee Ashilin menambah, pihaknya belum menerima sebarang bantahan atau rungutan berhubung hal berkenaan sebelum ini.
Ditanya apa tindakan yang akan diambil jika benar juruterbang itu tidak pernah mendarat di Taiping, Nolee Ashilin berkata pihaknya akan meminta MPT mengeluarkan kenyataan.
"Secara rasmi tiada (aduan), hanya di media sosial sahaja. Tetapi daripada persatuan dan sebagainya memang tiada bantahan.
"Saya sudah mohon MPT untuk semak semula tetapi saya belum dapat maklumat lagi. Sekiranya ada percanggahan saya akan minta MPT untuk buat kenyataan perbetulkan perkara itu," katanya lagi.
Sebelum ini wujud perdebatan dalam kalangan ahli sejarah serta di media sosial mengenai Amelia Earhart sebenarnya tidak mendarat di Tekah.
Dia dikatakan ada mendarat di Lapangan Terbang Tekah pada 7 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sewaktu dinobatkan sebagai wanita pertama membuat penerbangan solo di Lautan Atlantik.
Amelia Earhart terbang antara Thailand dan Singapura dan diberi kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Taiping pada 7 Jun 1937.
Bagaimanapun, Amelia dikatakan tidak mendarat di Taiping.
Malah, tiada foto yang menunjukkan Amelia mendarat atau berada di Lapangan Terbang Tekah.
Ini kerana jika benar dia mendarat di sini, sudah pasti ada rakaman foto kerana misi penerbangannya diikuti pihak akhbar pada masa itu dan mendapat liputan.
Sebaliknya, dalam catatannya, Amelia menyebut dia memutuskan untuk terbang terus ke Singapura sejauh 875 batu dan tiba di sana pada pukul 5.25 petang.
Dia juga menyifatkan Lapangan Terbang Kallang sebagai antara lapangan terbang tercantik dan moden pernah disinggahi.
Aida Aziz
Sat Jul 23 2022
Mural itu dihasilkan pada tahun 2019, namun wujud perdebatan kerana didakwa tidak relevan selain tiada bukti sahih dia pernah mendarat di lapangan terbang itu. - BERNAMA
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Pesawat Amelia Earhart yang hilang hampir 90 tahun didakwa dijumpai
MISTERI kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terungkai selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat beliau, didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.
Benarkah juruterbang Amelia Earhart tidak 'singgah' di Taiping?
Amelia Earhart merupakan wanita pertama yang melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia merentasi Lautan Atlantik pada 1937.
Mural Amelia Earhart di Taiping: Akan buat pembetulan jika wujud percanggahan fakta - Exco
Wujud perdebatan kerana didakwa tidak relevan selain tiada bukti sahih dia pernah mendarat di lapangan terbang itu.
Tiada rancangan robohkan Lapangan Terbang Tekah - YDP MPT
Tiada perancangan oleh Kerajaan Negeri Perak atau mana-mana pemaju merobohkan Lapangan Terbang Tekah di Taiping untuk pembangunan perumahan.