Seorang murid dan dua bapa murid maut dipanah petir di perhentian bas di Parit Kajan Sri Medan, Batu Pahat tengah hari Isnin.
Mangsa dikenali sebagai Siti Nur Aina Hairi, 9, yang sedang menunggu bapanya; Huda Janif @ Haji Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41, yang sedang menunggu anak-anak masing-masing keluar dari sekolah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata kejadian pukul 12.45 tengah hari itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri Medan.
Beliau berkata kedua-dua bapa itu meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman badan dan melecur.
Siti Nur Aina pula dilapor meninggal dalam perjalanan ke hospital kerana kecederaan pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan paru-paru.
Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dibedah siasat.
Bernama
Mon May 18 2015

Murid antara tiga maut dipanah petir di Batu Pahat
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Kereta api berkelajuan tinggi Whoosh mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, mencerminkan peranannya sebagai pilihan mobiliti yang pantas dan moden.

Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal bukan pemilik kenderaan
Polis masih menjalankan proses sambung reman ke atas suspek dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
MBPP minta orang ramai jangan beri makan burung
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan kompaun terhadap lima individu bulan lalu kerana memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam.
Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Sabtu.
Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas disambung hari ini
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil. Operasi pencarian diteruskan dengan bantuan penduduk kampung, polis, dan Pasukan Penyelamat Di Air.
Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, kerukunan dan kedamaian – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk menyemarakkan nilai karamah insaniah dan menghormati kepelbagaian budaya sempena Hari Wesak.
Agong, Raja Permaisuri titah hubungan kaum tunjang perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di Malaysia, menekankan kepentingan hubungan erat antara kaum.

MSM rancang hidupkan semula perladangan tebu di Malaysia
Pengeluar gula bertapis utama negara, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) berhasrat memulakan semula perladangan tebu di dalam negara.
Raja Perlis seru kukuh pegangan sunnah, tolak tahyul, khurafat
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah menyeru semua pihak agar memperkukuh pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini, yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Banjir di Sabah dan Johor semakin pulih, jumlah mangsa menurun
Situasi banjir di Sabah dan Johor menunjukkan pemulihan apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), berkurangan petang ini.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun hari ini, dengan 309 orang daripada 104 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi.

Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat meningkat kepada 285 orang daripada 94 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 254 orang daripada 88 keluarga 8 pagi tadi.

Penduduk trauma dua kali banjir dalam tempoh kurang sebulan
Lebih menyedihkan, banjir kali kedua melanda ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri, menyebabkan ramai yang tidak dapat meraikan hari raya seperti kebiasaan.

Mangsa banjir di Johor terus meningkat
Seramai 254 mangsa daripada 88 keluarga berada di pusat pemindahan sementara berbanding 99 mangsa daripada 34 keluarga semalam.

Johor buka PPS semula susulan banjir kilat di Batu Pahat
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini kembali dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Baharu, Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.

Tujuh kedai di medan selera terbakar
Sebanyak tujuh lot kedai di medan selera separuh kekal di Restoran Jeng Kuan di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Khamis.

Pekerja kebun didakwa bunuh ibu tiga anak
Seorang pekerja kebun didakwa membunuh kenalan wanitanya yang juga ibu kepada tiga anak, awal bulan ini.

Suami isteri maut dalam kemalangan di Batu Pahat
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki suami isteri itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.