IPOH: Murid perempuan Tahun Tiga yang cedera ditimpa tangki pam tandas di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan di sini pada Selasa masih dalam keadaan trauma.
Nur Alisha Adawiyah Mohd Yusri, 9, berkata sehingga kini dia terpaksa meminta rakan untuk menemaninya jika perlu ke tandas kerana bimbang kemalangan berulang.
"Semasa saya masuk ke tandas tidak nampak seperti pam itu rosak tetapi secara tiba-tiba ia jatuh dan terkena kepala saya.
"Sekarang saya takut untuk pergi ke tandas di sekolah sebab takut terjadi lagi," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad di sini, hari ini.
Ibu murid itu, Nor Azizawati Ismail, 37, berkata satu laporan polis dibuat di Balai Polis Tambun pada 7 malam semalam mengenai kejadian dan keselamatan anak keempat daripada lima beradik berkenaan.
"Apabila menerima panggilan mengenai perkara menimpa Nur Alisha Adawiyah, saya segera mendapatkannya dan melihat dia menangis lalu membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan.
"Dia mengalami bengkak pada kiri kepala dan berasa sakit sehingga sekarang jadi diharapkan tiada murid lain yang terkena lagi," katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Arafat Varisai yang merupakan ADUN di bawah Parlimen Tambun berkata sesi kaunseling akan diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada murid itu dalam masa terdekat.
Menurutnya semua tandas murid di sekolah itu ditutup buat sementara waktu dan mereka hanya dibenarkan menggunakan lapan tandas guru yang berada di sekitar bangunan sekolah.
"Saya sudah berhubung dengan pihak kementerian dan beberapa perkara akan dilakukan termasuk skim insurans berhubung insiden ini. Pusat Khidmat Parlimen dan DUN juga menyampaikan sumbangan hari ini.
"Saya telah berbincang dengan JKR dan mereka mencadangkan untuk melakukan pemasangan pendakap pada tangki pam tandas seramik sedia ada supaya selamat digunakan namun perbincangan lanjut akan dibuat sama ada perlu menukarkan kepada penggunaan tangki pam jenis lain seperti plastik," katanya.
Bernama
Fri Jul 21 2023
Muhamad Arafat (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Nur Alisha Adawiyah ketika melawat SK Perpaduan di sini pada Jumaat. - Gambar/ Astro AWANI
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Murid ditimpa tangki pam tandas masih trauma, ikuti kaunseling
Murid perempuan Tahun Tiga yang cedera ditimpa tangki pam tandas ketika menggunakannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan pada Selasa lepas masih dalam keadaan trauma.
Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
Ribut landa Melaka, enam murid cedera siling sekolah runtuh
Selain itu, 22 murid turut diberikan rawatan oleh petugas keselamatan ekoran mengalami trauma.
Lima murid cedera, van sekolah bertembung kereta di Jasin
Lima murid lelaki cedera ringan apabila van sekolah yang membawa tiga daripadanya terbalik akibat berlanggar dengan sebuah kereta Kancil yang membawa dua lagi murid di Jalan Jasin-Bemban dekat sini.