awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid perempuan dakwa dicabul ketika ke sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2023
11:01 MYT
Murid perempuan dakwa dicabul ketika ke sekolah
Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh dihukum dengan sebat jika sabit salah. - Gambar hiasan
KUALA LANGAT: Seorang murid perempuan yang dalam perjalanan ke sekolah dipercayai dicabul dalam kejadian di Jalan Haji Masjoyo, Jenjarom dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun yang sedang menaiki motosikal untuk ke sekolah di Sungai Jarom telah diekori lelaki tidak dikenali.
"Suspek yang menaiki motosikal datang dari arah belakang mangsa telah meraba bahagian sulit mangsa sebelum terus beredar dari lokasi kejadian.
"Jarak lokasi kejadian dengan sekolah mangsa adalah kira-kira lima kilometer," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, susulan itu, satu laporan polis telah dibuat bapa mangsa berusia 42 tahun pada jam 11.15 pagi.
Katanya, polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan mangsa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh dihukum dengan sebat jika sabit salah," ujarnya.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes cabul
#murid perempuan
#murid sekolah
#jenjarom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan