awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid tahun empat maut akibat keracunan makanan di Sandakan

Bernama
Bernama
26/07/2024
09:28 MYT
Murid tahun empat maut akibat keracunan makanan di Sandakan
Hasil dapatan mendapati, murid terbabit keracunan makanan di rumah bersama ibunya berikutan ibu murid turut dimasukkan ke wad. -Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Sandakan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan, semalam.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata kejadian berkenaan bukan disebabkan makanan dari kantin sekolah tetapi kesan selepas memakan makanan di rumah bersama ibunya.
"Pada 23 Julai, guru kelas dimaklumkan bahawa murid berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah kerana keracunan makanan melalui aplikasi WhatsApp dan murid terbabit diberikan cuti sakit selama dua hari bermula 23 hingga 24 Julai selepas mendapatkan rawatan di klinik.
"Guru kelas dimaklumkan oleh keluarga murid bahawa anak mereka tiba-tiba pengsan pada malam hari Rabu (24 Julai) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah dibawa ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Raisin, pada 7 pagi semalam, guru kelas telah dimaklumkan oleh waris murid berkenaan bahawa anak mereka sudah meninggal dunia dan guru besar bersama beberapa orang guru kemudiannya melawat jenazah di rumah neneknya di Kampung Tinusa.
Beliau berkata hasil dapatan mendapati, murid terbabit keracunan makanan di rumah bersama ibunya berikutan ibu murid turut dimasukkan ke wad.
Katanya, murid-murid lain juga tidak mengalami sebarang simtom keracunan makanan pada hari yang sama sehingga hari ini.
Menurutnya, JPNS melalui Pejabat Pendididkan Daerah (PPD) Sandakan akan membantu keluarga mangsa untuk tuntutan insurans takaful.
"JPN Sabah juga akan membuat laporan lengkap kes apabila semua siasatan selesai dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah di Sandakan
#keracunan makanan
#murid tahun empat
#Kampung Tinusa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan