DUNGUN: Seorang murid lelaki Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Minda Talong maut selepas disengat seekor tebuan di kediaman keluarganya di Kampung Minda, Hulu Dungun di sini semalam.
Bapa mangsa Mohd Nazuki Mat Jusoh, 42, berkata anak keduanya Rayyan Fitri Mohd Nazuki, 11, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kira-kira pukul 2.30 petang semalam sebaik tiba di Klinik Kesihatan Bukit Besi di sini untuk menerima rawatan.
"Kira-kira pukul 2 petang tadi Rayyan sedang bermain telefon bimbit bersama kakaknya, Khalis Najla, 13, di dalam bilik tidur sebelum disengat seekor tebuan di tangan kanannya.
"Waktu itu saya baru balik solat Jumaat, tiba-tiba saya lihat Rayyan sedang menangis sambil berjalan lemah ke tandas dan hampir rebah. Mujur saya sempat sambut dia daripada terjatuh," katanya ketika dihubungi.
Katanya beliau dimaklumkan oleh anak sulungnya Khalis Najla bahawa Rayyan Fitri telah disengat tebuan dan mengadu sakit kepala serta berasa panas di seluruh tubuh sebelum kakaknya itu menyuruhnya mandi untuk menyejukkan badan.
Mohd Nazuki berkata melihatkan keadaan Rayyan Fitri itu beliau bersama bapa mertuanya, Sudin Ripin, 63, bergegas menghantar anaknya ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.
Tambahnya tahun lepas anak bongsunya Darwisy Ihsan, 7, juga pernah disengat tiga ekor tebuan di rumah mereka tetapi sempat dibawa ke klinik dan menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan mayat mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Kira-kira pukul 2 petang, Rayyan sedang bermain telefon bimbit bersama kakaknya di dalam bilik sebelum disengat seekor tebuan di tangan kanannya. - Gambar hiasan
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Murid Tahun Lima maut disengat tebuan
Rayyan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang sebaik tiba di Klinik Kesihatan Bukit Besi untuk menerima rawatan.
Polis siasat dakwaan pengetua liwat dua pelajar sekolah
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah.