awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid terjatuh lubang kumbahan: Kes diklasifikasikan NFA - Alzafny

Bernama
Bernama
01/11/2025
22:40 MYT
Murid terjatuh lubang kumbahan: Kes diklasifikasikan NFA - Alzafny
Menurut Alzafny, berdasarkan hasil siasatan, polis berpuas hati bahawa kes itu adalah satu kemalangan. - Gambar fail Bernama
SEREMBAN: Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang murid maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pada 27 Sept lepas, dengan kes diklasfikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) setakat ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan terperinci mendapati insiden itu merupakan kemalangan dan tiada unsur jenayah atau penglibatan mana-mana pihak dikesan.
"Sebelum ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Siasatan kemudian diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum ia dikategorikan sebagai NFA.
"Daripada siasatan, kami berpuas hati bahawa kes itu adalah satu kemalangan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada 27 Sept lepas, seorang murid Tahun Tiga dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#murid maut
#jatuh lubang kumbahan
#NFA
#Tiada Tindakan Lanjut
#ketua polis negeri sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan