awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Hassan kongsi enam tabiat yang tidak patut isteri amalkan

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2023
08:57 MYT
Musa Hassan kongsi enam tabiat yang tidak patut isteri amalkan
Dalam ciapan beliau, Musa turut menggariskan lima ciri-ciri isteri derhaka kepada suami. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi ciapan di Twitternya berkongsi enam tabiat yang tidak patut diamalkan oleh isteri.
"Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain, jangan meninggikan suara dan mengherdik suami dan jangan keluar tanpa izin suami.
"Jangan mendoakan kecelakaan buat suami, jangan membenci kegemaran suami dan jangan menjadi tekanan kepada suami," ciapnya.
Isteri Jangan Amalkan Tabiat ini: 1: Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain. 2: Jangan meninggi suara dan mengherdik suami. 3: Jangan keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami. 4: Jangan mendoakan kecelakaan buat suami 5: Jangan membenci
— Musa Hassan (@TSMusaHassan) March 7, 2023
Musa juga berkata, ada tempat bagi isteri yang menderhaka kepada suami.
Dalam ciapan yang lain Musa turut menggariskan lima ciri-ciri isteri derhaka kepada suami.
"Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami, suka menyakiti hati suami, melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami, keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai dari suami," ciapnya lagi.
Ciri-ciri isteri derhaka pada suami: 1. Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami. 2. Suka menyakiti hati suami. 3. Melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami. 4. Keluar rumah tanpa izin suami. 5. Meminta cerai dari suami.
— Musa Hassan (@TSMusaHassan) March 7, 2023
Dalam satu ciapan lain, Musa berkongsi satu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.
"Sabda Raulullah S.A.W bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita," ciap beliau.
Sabda Raulullah SAW bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
— Musa Hassan (@TSMusaHassan) March 7, 2023
Pada Selasa, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berbalah dengan seorang wanita.
Pada hari yang sama, Musa menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya susulan tersebar klip video tersebut.
"Ini adalah masalah (privasi) keluarga. Jangan ada yang masuk campur.
"Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Musa Hassan
#video tular
#berbalah dengan seorang wanita
#ciri-ciri isteri derhaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan