awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia

Bernama
Bernama
25/09/2024
08:31 MYT
Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Pelantikan Musa adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 Sept 2024 hingga 12 Sept 2027. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Musa adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 Sept 2024 hingga 12 Sept 2027.
"Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar," menurut kenyataan itu.
Musa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Julai 1981 sehingga Mac 1986.
Beliau juga pernah menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Pengerusi Sesi ke-51 dan ke-52 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia.
Pengerusi Emeritus United Malayan Land Bhd itu juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad dan Kumpulan Guthrie.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Musa Hitam
#Menteri Darjah
#Yang di-Pertuan Agong
#Chancellor
#Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan