Astro Publication
Mon Jan 05 2015
Beberapa bulan dahulu Google mengumumkan bahawa fungsi Street View di Malaysia sudah mencapai tahap seterusnya. Memang betul tu – bila ronda-ronda kawasan rumah penulis menggunakan Street View ni, terus jumpa rumahnya. Rumah kosong – kemungkinan besar imej itu diambil sewaktu semua penghuni di tempat kerja/sekolah.
Yang baiknya, Google Street View membawa dunia asing terus ke hadapan kita. Sangat berguna terutamanya jika nak melancong ke tempat baharu, dan kita perlu tahu sedikit keadaan sekitar destinasi yang menjadi tujuan.
Sekarang, Google Street View dah lebih maju. Dari pandangan di luar, terus hingga masuk ke dalam bangunan.
Jadi kalau anda nak merasa singgah di beberapa lokasi menarik untuk peminat-peminat kereta, lihat senarai kami di bawah (Nota: Kalau nak klik ke halaman yang berkaitan, ambil maklum ia akan mengambil banyak kuota data anda. Jadi, lebih baik jika menggunakan sambungan WiFi):
Muzium Lamborghini
(Lokasi: Sant; Agata, Bologna, Itali)
Lamborghini adalah syarikat pengeluar kereta Itali pertama yang membolehkan pengguna internet untuk melayari muzium kereta mereka di Itali ini secara maya.
Dari model-model klasik hinggalah ke yang moden, semuanya ada di dalam muzium 2 tingkat bersaiz 1,500 meter persegi ini. Tak ketinggalan juga model-model yang lebih eksotik – termasuk prototaip, edisi khas, kereta lumba dan juga model pengeluaran tunggal (one-offs).
Leih menarik, anda juga dapat ‘duduk’ di dalam kereta tersebut. Seperti Sesto Elemento (hanya 20 di seluruh dunia)
Klik: Museo Lamborghini
Muzium Porsche
(Lokasi: Stuttgart, Jerman)
Terletak bersebelahan dengan kilang utama serta ibu-pejabat Porsche, Muzium Porsche adalah antara lokasi yang pernah dilawat oleh penulis beberapa tahun dahulu.
Perlu diingat muzium ini – seperti mana-mana muzium am sebenar – sentiasa menukar susunan kereta/jenis kereta yang dipamerkan mengikut tema atau jadual mereka tersendiri. Oleh itu, apa yang anda perhatikan di sini mungkin bukan apa yang ada di dalam muzium ini sekarang (juga benar untuk lokasi-lokasi lain di dalam senarai ini).
Link: Porsche Museum
Pusat Teknologi McLaren
(Lokasi: Woking, Surrey, United Kingdom)
Walaupun bangunan ini lebih merupakan ibu-pejabat serta kilang pengeluaran McLaren, tetapi Google Street View masih dibenarkan untuk meronda beberapa lokasi terhad di dalamnya. Oleh sebab itu, jangan pula sangka anda akan dapat melihat tempat-tempat sensitif seperti pusat penyelidikan atau pejabat Ron Dennis!
Tetapi anda masih dapat melihat kereta-kereta F1 dari musim-musim terdahulu.
Link: McLaren Technology Centre
Pagani
(Lokasi: San Cesario sul Panaro, Modena, Itali)
Satu jenama yang sangat eksotik, walaupun dibandingkan dengan Lamborghini ataupun Ferrari (itu pendapat penulis lah).
Namun, disebabkan Pagani adalah syarikat yang kecil, ruang yang dapat dikunjungi pun tak lah semenarik mana. Lebih kurang macam tingkat bawah rumah teres; cuma rumah tipikal tidak ada sebuah supercar Pagani di ruang tamu.
Dan anda juga dapat merasa ‘duduk’ di kerusi pemandu sebuah Pagani Cinque Roadster (hanya 5 di dunia. Enjin V12 menghasilkan 678hp dan 780Nm!)
Link: Pagani Automobili
Muzium Automobil Toyota
(Lokasi: Nagatuke, Nagoya, Jepun)
Toyota ada pelbagai muzium, dan kesemuanya mempunyai keunikan tersendiri. Untuk muzium ini, anda bukan sahaja dapat melihat pelbagai model-model Toyota sejak awal penubuhannya sehingga zaman sekarang, tetapi juga kereta-kereta daripada pengeluar lain dipamerkan untuk mengakui kepentingannya di dalam sejarah automotif dunia.
Pada tahun 1999, struktur utama yang berkeluasan 4,800 meter persegi telah ditambah dengan bangunan tambahan seluas 2,700 meter persegi.
Memang menarik untuk dikunjungi, walaupun secara maya.
Link: Toyota Automobile Museum
Dewan Koleksi Honda
(Lokasi: Motegi, Jepun)
Dibuka pada tahun 1998 dan terletak bersebelahan litar Twin Ring Motegi yang dimiliki Honda. Lebih kurang 350 model Honda dipamerkan – dari kereta lumba F1 dan GT, ke model-model asas Honda hinggalah ke NSX, termasuk juga motorsikal – semuanya dalam keadaan cemerlang.
Boleh juga melihat evolusi Asimo, iaitu robot yang begitu terkenal hasil kerja Honda, dari awal hingga kini.
Link: Honda Collection Hall
Muzium Mazda
(Lokasi: Hiroshima, Jepun)
Satu tempat yang harus disinggah oleh penggemar Mazda, khususnya peminat enjin rotari. Ia meliputi 6 kawasan berbeza, daripada kereta klasik – sejak awal penubuhan Mazda di tahun 20-an – hinggalah ke kereta konsep terbaharu.
(Nota: Oleh kerana cara pameran-pameran disusun, agak sukar untuk menjelajah ke seluruh kawasan muzium tanpa menggunakan tetikus komputer. Dan perlu betul-betul mencari arah dengan betul)
Link: Mazda Museum
Itu dia, jenuh mengembara ke muzium-muzium di Itali, UK, Jerman dan Jepun dan melihat begitu banyak kereta-kereta hebat (serta motorsikal dan lain-lain) tanpa perlu menggunakan passport, ataupun menghabiskan banyak wang.
Mungkin juga boleh menjadikan tempat-tempat ini destinasi yang perlu dilawat bila benar-benar sampai ke sana. Lagipun kedai cenderahati di muzium-muzium sebegini selalunya memang sangat menarik!
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Boon Siew lancarkan Honda Wave Alpha baharu
Dikenali sebagai The Urban Dominator, Wave Alpha dikuasakan oleh enjin yang menawarkan prestasi dan keterujaan
Semua sudah okay – kereta kecil dijual kembali di Assam, India
Mahkamah membenarkan semula penjualan kereta kecil di pasaran paling besar Timur Laut negara India
Mahkamah di Assam, India sekat penjualan kereta kecil bawah 1,500kg
Pengharaman ini melibatkan sehingga 140 model daripada pelbagai pengeluar hasil petisyen yang mahukan kenderaan lebih selamat di India
Musim cuti sudah habis. Jom mengembara!
Mari gunakan Google Street View untuk menjenguk ke dalam beberapa muzium-muzium automotif dan syarikat kereta di Eropah dan Jepun
Model NSX bakal keluar Januari 2015
Mampukah Honda/Acura menghasilkan supercar yang sehebat NSX terdahulu? Jawapannya akan tiba tidak lama lagi...