awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muslihat malam raya, tiga lelaki ceroboh hutan curi kayu balak

Bernama
Bernama
31/07/2020
07:58 MYT
Muslihat malam raya, tiga lelaki ceroboh hutan curi kayu balak
Ketika intipan yang dilakukan, terdapat tiga orang lelaki sedang memunggah kayu ke atas lori. - Twitter/Bernama
Dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidiladha malam tadi, tiga lelaki cuba mengambil peluang menceroboh kawasan hutan dan mencuri kayu balak.
Bagaimanapun, perbuatan mereka akhirnya membawa padah apabila pihak Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dapat menghidu perbuatan mereka.
Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata dalam kejadian di kawasan hutan Merchang dekat sini, seorang daripada tiga lelaki berkenaan berjaya ditahan manakala dua lagi sempat melarikan diri dalam serbuan kira-kira pukul 11.20 malam.
"Lelaki berusia 21 tahun itu terpaksa beraya di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Marang. Penangkapan ini adalah hasil aduan orang awam dan kita telah lakukan intipan sejak tiga hari lalu.
"Ketika intipan yang dilakukan, terdapat tiga orang lelaki sedang memunggah kayu ke atas lori," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Muhamad, suspek mungkin tidak menyangka anggota penguat kuasa akan terus melakukan rondaan meskipun menjelang sambutan Aidiladha.
Mengikut rekod, sehingga Julai, seramai enam orang ditahan, melibatkan 17 kes kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
Katanya, kes paling kerap berlaku di daerah Besut dan dilakukan orang tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ceroboh hutan
#curi kayu balak
#hutan
#hutan merchang
#Jabatan Perhutanan
#Malam raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan