awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muslimat PAS usul untuk desak KDN kaji semula modul pencegahan jenayah

Haider Yutim
Haider Yutim
21/11/2013
09:32 MYT
Muslimat PAS usul untuk desak KDN kaji semula modul pencegahan jenayah
Dewan Muslimat PAS kawasan Temerloh hari ini mengusulkan supaya Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula penguatkuasaan undang-undang keselamatan di Malaysia.
"Saya mengusulkan agar Dewan Muslimat mendesak Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula modul penguatkuasaan undang-undang terhadap pencegahan jenayah dengan berpandukan kepada nilai murni, asas agama, moral dan sosial," kata perwakilan Muslimat PAS dari Temerloh, Sarah Ahmad.
Katanya perkara itu diusulkan kerana rakyat sekarang seolah-olah tidak takut dengan undang-undang serta penguatkuasaan yang sedia ada.
Usul tersebut telah disokong oleh perwakilan-perwakilan dari Maran, Ampang, Petaling Jaya, Kubang Pasu serta Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang.
Wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Rawi berkata beliau menyokong penuh supaya modul pencegahan serta mekanisma penguatkuasaan undang-undang keselamatan agar ia berpandukan nilai asas agama.
Beliau turut memohon agar keseluruhan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional (BN) membantu menegakkan undang-undang Syariah.
Dalam pada itu perwakilan Muslimat PAS Kubang Pasu, Rashidah Hamid berkata keadaan ekonomi masa kini yang kian meruncing merupakan penyebab jenayah meningkat.
"Keadaan ekonomi sekarang yang menyebabkan jenayah meningkat dalam negara kita. Sebab mereka terdesak," katanya ketika memberi sokongan kepada usul yang dibangkitkan.
Perwakilan Muslimat PAS Pulau Pinang pula menyifatkan masalah keselamatan di negara sebagai masalah yang paling runcing, serta menyokong usul yang dibangkitkan.
Usul tersebut telah diterima dengan sebulat suara oleh seluruh perwakilan sayap wanita PAS itu tanpa sebarang bahas.
Muktamar Dewan Muslimat PAS yang ke-53 diadakan bermula 20 November (Rabu) diikuti dengan pemilihan pada 21 November (Khamis).
Ia diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Negeri Selangor, Shah Alam.
Topic Berkaitan
#Dewan Muslimat
#jenayah
#KDN
#Muktamar
#PAS
#perwakilan
#usul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan