awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Hang Tuah guna teknologi AI papar kisah Hang Tuah

Bernama
Bernama
09/10/2024
09:45 MYT
Muzium Hang Tuah guna teknologi AI papar kisah Hang Tuah
Muzium Hang Tuah mula dibuka semula sejak 1 Okt lepas setelah setahun ditutup bagi kerja-kerja menaik taraf kompleks berkenaan. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Muzium Hang Tuah yang terletak di Hang Tuah Centre, Duyong di sini, mencipta sejarah sebagai muzium pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memaparkan kisah Laksamana Hang Tuah.
Kurator Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Norzaifirah Zaini berkata penggunaan AI dalam imej peragaan interaktif itu dibangunkan oleh konsultan tempatan dan bertujuan menarik pengunjung selepas Muzium Hang Tuah dibuka semula pada 1 Okt lepas.
Beliau berkata pendekatan baharu itu dilakukan sebagai satu daripada usaha menambah nilai produk pelancongan negeri berkenaan sekali gus menarik taraf muzium berkenaan yang sebelum ini ditutup selama setahun bagi kerja-kerja berkenaan.
"Menerusi penambahbaikan yang dilakukan ini, lebih banyak penggunaan AI dalam imej peragaan interaktif dipaparkan kepada pengunjung untuk menceritakan kisah atau sejarah berkaitan Hang Tuah.
"Pendekatan ini memberi pengalaman lebih menarik kepada pengunjung untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Hang Tuah sekali gus mengelak pengunjung berasa bosan dengan hanya membaca maklumat yang dipaparkan secara bertulis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan teknologi hologram yang memaparkan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat juga terdapat di muzium berkenaan manakala kaedah 'virtual tour' digunakan bagi menceritakan aktiviti perdagangan Hang Tuah di serata dunia.
Lebih menarik katanya pengunjung turut berpeluang menyaksikan teater berkaitan pelayaran Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka di teater mini yang dipaparkan pada slaid video selama kira-kira tiga minit.
Norzaifirah berkata selain kerja-kerja menarik taraf muzium berkenaan yang juga dikenali sebagai Rumah Hang Tuah, ia turut melibatkan empat lagi rumah sahabat pahlawan berkenaan iaitu Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir dan Rumah Hang Lekiu.
Menurutnya kawasan sekitar Hang Tuah Centre, turut dinaiki taraf khususnya melibatkan aspek landskap termasuk membangunkan beberapa monumen gergasi berkaitan Melaka seperti tangga rumah Melaka, keris dan buaian.
Muzium Hang Tuah dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula 9 pagi hingga 5 petang dan tiket masuk adalah sebanyak RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak lima hingga 12 tahun.
Sebelum ini, media melaporkan Hang Tuah Centre termasuk Muzium Hang Tuah ditutup selama setahun bagi kerja-kerja menaik taraf melibatkan peruntukan lebih RM3.81 juta yang disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Selain itu, beliau berkata persatuan silat yang berminat untuk mengadakan latihan pada waktu malam di gelanggang yang terdapat di Hang Tuah Centre juga dialu-alukan.
"Di Hang Tuah Centre, kami juga menyediakan auditorium untuk aktiviti seminar, bengkel, atau taklimat, selain menawarkan sewaan tapak bagi penganjuran majlis perkahwinan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muzium Hang Tuah
#Melaka
#AI
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan