LANGKAWI: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memudahcara kaedah pembayaran pelancong dengan lebih pantas dan selamat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad berkata, inovasi ini memfokuskan pembangunan usahawan tempatan dalam menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran tanpa tunai.
Ujarnya lagi, tujuan pelancaran juga adalah untuk menghubungkan antara peniaga dan pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia, khususnya di Pulau Langkawi.
"Di sekitar Malaysia, terdapat 1.9 juta peniaga menggunakan kemudahan pembayaran melalui DuitNow QR.
"Justeru, sebagai aplikasi pembayaran tanpa tunai pelancong pertama di dunia, ia membolehkan pelancong dari seluruh dunia menikmati kemudahan transaksi tanpa sempadan melalui imbasan kod QR DuitNow seperti penduduk tempatan," tambahnya.
Di samping itu, aplikasi MY TouristPay yang disokong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan fasa kedua di bawah program PayNet Cambah yang melibatkan aspek alam sekitar, sosial dan urus tadbir (ESG).
Menurut Pengarah Kanan, Strategi & ESG mereka, Azleena Idris, "fasa pertama sebelum ini melibatkan kerjasama dengan Suri Lifestyle yang difokuskan untuk membantu ibu-ibu daripada komuniti B40 dan meningkatkan kemampuan e-dagang mereka.”
"Fasa kedua pula menyasarkan untuk memperkasa komuniti lestari dengan karyawan tempatan di Pulau Langkawi setaraf antarabangsa dengan digitalisasi perniagaan," jelasnya.
Antara karyawan tersebut adalah Akuart Woodcarvings, Datai Valley, Crystal Langkawi dan Ilham Ceramics.
Kedua-dua Farhan dan Azleena ditemui pada sidang akhbar selepas pelancaran aplikasi tersebut di Jalan Pantai Chenang, Pulau Langkawi, pada Isnin.
Astro Awani
Fri Dec 15 2023
Farhan Ahmad melancarkan aplikasi MY TouristPay yang diperkenalkan di Langkawi ketika majlis pelancaran di Pelangi Beach Resorts, Jalan Pantai Chenang, Langkawi.
Manfaat kerjasama Mashariq-Tabung Haji
Syarikat Mashariq di Arab Saudi lahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang terjalin antara mereka dan Tabung Haji khususnya berhubung jalinan teknologi memandangkan ia banyak mendatangkan manfaat kepada jemaah haji Malaysia.
TPM Slovakia percaya nyawa PM Robert Fico 'tidak terancam'
Taraba mengkritik parti pembangkang, menuduh mereka menggunakan "naratif palsu" dan menggambarkan Fico sebagai "seperti raksasa".
Dua pegawai kanan badan berkanun seleweng projek RM1.2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan DUA Pegawai Kanan Badan Berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan Menyeleweng dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi Projek Pembangunan bernilai RM 1.2 billion.
Buah-buahan Malaysia pikat warga Namibia, pacu potensi perdagangan
Produk pertanian Malaysia terutama buah-buahan berpotensi besar untuk dieksport ke Namibia. Ini kerana negara di benua Afrika itu melihat produk Pertanian Malaysia adalah istimewa dan hanya terdapat di negara tropika seperti nangka manggis dan durian.
Putin tiba di Beijing dalam usaha dapatkan sokongan China terhadap perang di Ukraine
Lawatan Putin dilihat sebagai talian hayat ekonomi bagi Rusia selepas Barat mengenakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kyrgyz hasrat Malaysia lantik penasihat kerajaan
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa pada Rabu.
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.