MIRI: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) kini secara rasmi melebarkan sayap ke Miri selepas selamat menjalankan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke destinasi itu, pada Rabu.
Ini sekali gus menjadikan Miri sebagai destinasi ketiga bagi syarikat penerbangan itu melakukan pendaratan di Bumi Kenyalang, selepas Kuching dan Sibu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo, pemilihan Miri sebagai destinasi terbaharu bagi syarikat itu adalah disebabkan daerah itu mempunyai daya tarikan pelancongan yang besar dan menarik selain daripada mempunyai kekuatan dari segi sektor ekonomi, khususnya industri petroleum.
“Kami sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran destinasi ketiga kami ke negeri Sarawak dengan penerbangan sekali sehari ke Miri.
“Laluan ini mampu menjadi kunci perjalanan kepada pelbagai lapisan penumpang tidak kira sama ada melibatkan pengembara perniagaan dalam industri petroleum, pencinta alam, pengunjung festival, dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Miri, pada Rabu.
Malah kata beliau juga, disebabkan terdapat permintaan yang tinggi pihaknya akan menambah kekerapan penerbangan itu secara berperingkat.
“Miri mempunyai semuanya. Oleh itu, kami berminat untuk merancakkan lagi sektor ekonomi tempatan dengan menyediakan jadual penerbangan yang mudah selain menjadikan ia daya tarikan pelancong dengan penerbangan dua kali sehari mulai 15 Mac 2023,” tambahnya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang turut menyertai penerbangan sulung MYAirline ke Miri berkata penerbangan ke daerah itu diyakini akan memacu sektor ekonomi, pelancongan dan perniagaan.
“Penambahan laluan ini ke senarai MYAirline adalah tepat pada masanya. Malah, saya telah mencari lebih banyak syarikat penerbangan untuk terbang ke Sarawak.
“Miri juga merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan pelbagai aktiviti ekonomi, seperti minyak dan gas, pelancongan, perladangan dan pembinaan kapal.
“Penerbangan yang mencukupi boleh menyediakan keterhubungan yang baik selain memudahkan perjalanan membawa masuk pelancong perniagaan, pelancong dan kargo udara.
“Sehubungan itu, saya juga amat berharap MYAirline akan memasukkan penerbangan terus destinasi antarabangsa tertentu ke Miri,” katanya.
Penerbangan sulung membawa penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) itu ke Lapangan Terbang Miri selamat mendarat pada 12 tengah hari, semalam.
Biarpun laluannya pada ketika ini terdiri daripada destinasi seperti Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Miri, pelbagai rancangan sedang dijalankan bagi meningkatkan lebih banyak destinasi dan kekerapan penerbangan di kawasan lain.
Afiq Ariffin
Thu Mar 02 2023
MyAirline memilih Miri sebagai destinasi ketiga pendaratan di Sarawak selepas Kuching dan Sibu kerana daya tarikan pelancongan yang besar dan kekuatan ekonominya khususnya industri petroleum. - Astro AWANI.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.
Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.
Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.
Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.
MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.
MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.