SHAH ALAM: Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyokong penuh tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang telah turun padang bagi mendengar keluhan dan melihat isu-isu dihadapi pelancong asing ke negara ini.
Presiden MyBHA, Sri Ganesh Michiel berkata, tindakan beliau itu merupakan usaha yang akan memberi gambaran positif dan menaikkan tahap keyakinan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia.
“Pada pendapat kami juga, seorang menteri mempunyai kuasa untuk memastikan segala isu-isu yang bersangkut di bawah kawalannya diselesaikan dan ia tidak menjadi masalah untuk beliau mengunjungi atau melakukan pemeriksaan mengejut terhadap mana-mana pejabat kerajaan atau agensi dalam usaha untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit di bawah portfolionya tersebut.
“Kami menyeru kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang telah terlibat dengan niat tidak baik serta keterlaluan atau bermotifkan serangan politik untuk mendedahkan perkara tersebut dalam usaha untuk mencalarkan imej serta memburukan tindakan yang telah dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tersebut.
“Justeru, kami menyokong penuh tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tersebut serta menyeru kepada Jabatan Imigresen untuk menyelesaikan perkara-perkara telah didedahkan tersebut serta sentiasa mempunyai sikap yang mengalu-alukan pelancong ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan suasana di balai ketibaan KLIA bertukar kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen pada Khamis.
Pada Jumaat, King Sing mengakui bahawa dirinya merupakan individu yang dimaksudkan susulan kekecohan tersebut.
Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan bahawa kekecohan yang timbul itu bukanlah seperti dilaporkan yang mana menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.
Sementara itu, Presiden MATA, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, sebagai negara yang menjadi tumpuan pelancongan asing, kerajaan perlu sediakan semua kemudahan termasuk perkhidmatan jurubahasa di kesemua pintu masuk negara.
Menurutnya, aspek komunikasi tidak sepatutnya dijadikan batu penghalang bagi pertumbuhan ekonomi dalam industri pelancongan.
“MATA menyokong penuh dengan usaha Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mengambil langkah yang proaktif bagi memberi tumpuan serius terhadap kepentingan negara yang melibatkan pegawai imigresen Malaysia di KLIA.
“Industri pelancongan negara mempunyai banyak saingan dengan negara-negara jiran yang memudah cara pelancong asing untuk melancong ke negara mereka.
“Jika ini masih tidak diatasi, MATA percaya pelancong akan lari ke negara lain dan ini sudah tentu merugikan pendapatan negara dan pemain industri pelancongan negara yang baru keluar daripada kemelut wabak COVID-19,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 30 2023
King Sing mengakui bahawa dirinya merupakan individu yang dimaksudkan susulan kekecohan tersebut. - Foto fail/BERNAMA
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing
King Sing berkata, pengiktirafan berkenaan dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.
MOTAC umum peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan, Batu Sapi
Peruntukan itu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.
Tolak perkauman demi perpaduan negara lebih utuh - Tiong
Budaya kunjung-mengunjung bersempena dengan perayaan masyarakat pelbagai kaum menjadi bukti kepada keharmonian dan perpaduan di negara ini.
Laluan pelancongan dengan memandu suburkan ekonomi pelancongan di Asia Tenggara - Tiong
Laluan yang dicadangkan dalam kaedah ini adalah Hat Yai-Sungai Kolok-Kota Bharu-Kuala Lumpur, dan Hat Yai-Alor Setar-George Town.
Malaysia jadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN tahun depan
Penyerahan itu merupakan satu lagi peristiwa penting bagi negara apabila Malaysia kembali menjadi tuan rumah ATF sejak acara terakhir diadakan di Kuching, Sarawak, pada 2014.
Exco Perlis tidak bangkit soal peruntukan khas semasa mesyuarat - Tiong
Tiong berkata, Wan Badariah juga tidak menyatakan hasrat kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perlis sepanjang program berlangsung.
MOTAC tidak pernah anak tirikan Perlis - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Kesalinghubungan China-Malaysia dioptimum, perkukuh destinasi pelancongan mesra Muslim
MOTAC dijangka melancarkan penerbangan antara Xi'an dan Kuala Lumpur pada Mac, serta penerbangan sewa khas Urumqi-Kuala Lumpur pada Mei atau Julai.