awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyRef tumpu sembilan projek pembangunan semula Gaza

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/06/2016
12:46 MYT
MyRef tumpu sembilan projek pembangunan semula Gaza
ZAINAB: Projek perintis itu dijangka melibatkan kos perbelanjaan pembinaan rumah yang rosak kira-kira RM15 juta. -Gambar fail
Yayasan Pembinaan Semula Gaza (MyRef) akan menumpukan sembilan projek pemulihan wilayah Gaza di Palestin pasca serangan rejim israel sejak 2014.
Kumpulan pengurusannya, Zainab Shariff berkata, projek perintis itu dijangka melibatkan kos perbelanjaan pembinaan rumah yang rosak kira-kira RM15 juta.
Buat permulaan, projek yang mendapat kerjasama penuh The Arab and International Commission to Build Gaza, AICBG itu akan menumpukan kepada usaha membina semula kediaman penduduk Gaza yang dibedil rejim israel.
"Kami sebagai associate of AICBG ditugaskan untuk mengutip dana bagi melaksanakan kerja-kerja projek ini secepatnya. Salah satu projek ialah memulihkan rumah yang musnah," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
MyReff adalah sebuah badan amal di bawah kelolaan Malaysian Society for Engineering and Technology (MySET) yang ditubuhkan awal Mei lalu.
Menurut Zainab, ketika ini pihaknya sedang menumpukan usaha mengumpul dana bagi menjayakan projek berkenaan.
"Sebagai permulaan, kita bercadang untuk membina semula 100 unit kediaman penduduk Gaza. Dari segi bila akan siap kita belum dapat maklumat lagi, namun kita harap ia akan dilakukan secepat mungkin sebab ia adalah keperluan asas, sekarang banyak kawasan musnah ada keluarga tiada rumah," tambahnya.
Kemudahan lain yang akan dibangunkan semula termasuk sekolah yang musnah, pembinaan perigi, dan projek kumbahan penduduk.
Walaupun mengakui berdepan cabaran besar dalam menyalurkan bantuan berkenaan, MyRef yakin kerjasama erat dengan AICBG akan memastikan projek pembangunan semula Gaza berjalan lancar.
Justeru, beliau mengalu-alukan sukarelawan aktiviti amal dilakukan MyRef bagi mengumpul dana daripada badan korporat dan individu baik di dalam dan luar negara.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Malaysian Reconstruction Foundation
#myref
#Zainab Shariff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan