awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MySejahtera: Kerajaan masih runding berkenaan terma dan syarat penggunaan - Khairy

Bernama
Bernama
28/03/2022
14:12 MYT
MySejahtera: Kerajaan masih runding berkenaan terma dan syarat penggunaan - Khairy
Khairy berkata perbincangan bersama MySJ itu, termasuk mengenai langkah ke hadapan pengunaan serta penyelenggaraan aplikasi itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih berunding dengan MySJ Sdn Bhd (MySJ) sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, mengenai terma dan syarat penggunaan aplikasi itu, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata perbincangan bersama MySJ itu, termasuk mengenai langkah ke hadapan pengunaan serta penyelenggaraan aplikasi itu.
Beliau berkata, jumlah yang telah dipersetujui MySJ dengan Entomo Malaysia Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai KPISoft Malaysia Sdn Bhd) tidak berkaitan dengan perundingan terkini mereka dengan kerajaan.
"Kami belum muktamadkan perundingan itu (dengan MySJ). Kami masih dalam perundingan dan sebaik perundingan itu selesai, kami akan maklumkan apa asas kepada kontrak... tetapi saya perlu untuk selaraskan perkhidmatan yang mereka sediakan.
"Saya boleh maklumkan bahawa faktanya bahawa jumlah yang kami sedang rundingkan dengan MySJ, adalah jauh lebih rendah daripada RM300 juga. Jauh lebih rendah," katanya.
BACA: MySejahtera: Status vaksinasi bertukar tidak lengkap, bukan dihilangkan - KKM
Beliau berkata kepada media selepas pelancaran buku 'Systems Thinking: Systems Thinking Analyzes For Health Policy And Systems Development' oleh Universiti Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (UNU-IIGH) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Media hari ni melaporkan dokumen mahkamah menunjukkan syarikat pembangun MySejahtera (Entomo Malaysia) telah bersetuju untuk memindahkan hak milik intelektual dan lesen perisian aplikasi COVID-19 kepada MySJ untuk RM338.6 juta dalam satu perjanjian sehingga hujung 2025.
Khairy berkata beliau turut berharap rundingan itu dapat dijayakan, agar lebih mudah untuk platform berkenaan dapat terus digunakan.
"Saya dah maklumkan kepada vendor (MySJ) kalau sekiranya kita tidak dapat perjanjian yang adil kepada kerajaan, maka kita boleh pilih vendor lain sebab data (MySejahtera) itu masih disimpan kerajaan.
"Cuma mungkin syarikat yang baru tu perlu buat perjanjian baharu dari segi penyelenggaraan platform. Kita juga dalam proses melihat kepada apa perkhidmatan yang diperlukan untuk jangka masa panjang," katanya.
Khairy juga sekali lagi menegaskan aplikasi MySejahtera termasuk data pengguna adalah selamat dan kerajaan tidak berkompromi dalam soal keselamatan data.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#MySJ
#lesen aplikasi
#terma dan syarat
#Menteri Kesihatan
#Entomo Malaysia Sdn Bhd
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan