awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MySejahtera: Perlu tempoh sebulan sebelum henti amalan daftar masuk - Khairy

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2022
10:06 MYT
MySejahtera: Perlu tempoh sebulan sebelum henti amalan daftar masuk - Khairy
Khairy mengulas mengenai saranan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa amalan daftar masuk premis boleh dihentikan tatkala negara telah memasuki fasa peralihan endemik. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan tempoh sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat keputusan sama ada amalan daftar masuk (check-in) ke mana-mana premis menerusi aplikasi MySejahtera, dihentikan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan meneliti corak mobiliti penduduk dan jangkitan COVID-19 berikutan pembukaan sempadan negara, aktiviti berbuka puasa serta kelonggaran dibenarkan mulai Jumaat ini.
"Sekiranya tiada perubahan ketara dalam tempoh beberapa minggu, kita boleh hentikannya," katanya kepada pemberita selepas majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan, di kementeriannya pada Rabu.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai saranan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa amalan daftar masuk premis boleh dihentikan tatkala negara telah memasuki fasa peralihan endemik.
BACA: MySejahtera tidak lagi penuhi fungsi asal - MMA
Pada 11 Februari lalu, prosedur operasi standard (SOP) yang memerlukan orang ramai imbas suhu badan dan buku rekod 'check-in' sebelum memasuki mana-mana premis dimansuhkan namun daftar masuk menerusi MySejahtera masih diteruskan.
Sementara itu, pada perkembangan lain, KKM dijangka akan memuktamadkan rundingan pemilikan aplikasi MySejahtera dalam tempoh kurang sebulan.
Katanya, KKM merupakan pemilik data yang terkandung di dalam aplikasi tersebut.
"Dari segi platform software, ia dikendalikan oleh syarikat dan data disimpan di dalam 'server' yang selamat milik kerajaan," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#buka sempadan
#MySejahtera
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan