awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyTax mampu kurangkan ketirisan, tingkat hasil kutipan - LHDN

Bernama
Bernama
01/12/2020
20:11 MYT
MyTax mampu kurangkan ketirisan, tingkat hasil kutipan - LHDN
MyTax dibangunkan LHDN untuk memudahkan orang awam terutama pembayar cukai bagi mengakses pelbagai maklumat termasuklah transaksi lejar, status bayaran balik dan potongan cukai bulanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai, MyTax yang dilancarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini mampu mengurangkan ketirisan sekaligus meningkatkan kutipan hasil kepada negara.
Pengarah Jabatan Operasi Cukai Datuk Adenan Che Semail berkata MyTax itu menyediakan capaian perkhidmatan yang selamat serta mesra pengguna, ia membolehkan akses kepada semua produk di bawah LHDN.
"Penggunaan MyTax ini juga akan memudahkan urusan pembayar cukai untuk mengakses maklumat terkini mereka tanpa perlu datang ke pejabat LHDN terutamanya ketika pandemik COVID-19 ini.
"MyTax dicipta dengan mengutamakan perlindungan maklumat pembayar cukai dan penciptaan produk baharu LHDN ini adalah merupakan kebanggaan kami sebagai agensi pemungut cukai bagi kerajaan," katanya pada program Ruang Bicara bertajuk "MyTax - Gerbang Informasi Percukaian" yang disiarkan di Bernama TV, malam tadi.
BACA: LHDNM lancar MyTax, permudah akses maklumat berkaitan cukai
MyTax dibangunkan LHDN untuk memudahkan orang awam terutama pembayar cukai bagi mengakses pelbagai maklumat termasuklah transaksi lejar, status bayaran balik dan potongan cukai bulanan.
Pada 19 Novemberl lepas, LHDN melancarkan tiga produk percukaian baharu iaitu Buku Pelan Korporat LHDN 2021-2025 yang juga manifestasi pelan dan strategi lima tahun agensi itu serta MyTax.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#cukai
#operasi
#COVID-19
#pandemik
#pembayar cukai
#akses maklumat
#produk percukaian
#Adenan Che Semail
#MyTax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan