Menteri Luar New Zealand Murray McCully menyambut baik pengumuman Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita muda di Wellington akan dihantar semula ke New Zealand.
McCully mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap apa yang disifatkannya sebagai "perkembangan yang amat dialu-alukan yang menunjukkan niat baik dan integriti bagi kedua-dua pihak menangani isu ini.
Tidak pernah ada niat bersama oleh mana-mana kerajaan untuk melupakan saja isu itu, tidak kira sama ada proses itu berlaku di Malaysia atau New Zealand, ada komitmen yang kuat untuk memastikan keadilan dilaksanakan, kata beliau dalam kenyataan menerusi www.beehive.govt.nz, laman web rasmi kerajaan New Zealand.
Langkah untuk menghantar balik Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, diumumkan oleh Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan sebelumnya.
Dia dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol.
McCully berkata beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Anifah Aman yang memberitahunya bahawa pihak berkuasa Malaysia akan menghantar balik pegawai itu ke New Zealand untuk membantu pihak berkuasa negara itu dalam siasatan.
Pihak berkuasa Malaysia, kata McCully, telah menawarkan bantuan dalam siasatan yang dijalankan.
"Saya menyambut baik penglibatan mereka yang berterusan," kata beliau.
Beliau berkata perlu diingat bahawa tertuduh mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan berhak dibicarakan secara adil.
"Ini sekarang adalah soal untuk tindakan polis dan mahkamah dan saya tidak akan mengulas lebih lanjut," kata McCully.
Bernama
Thu Jul 03 2014
McCully menyifatkan perkembangan itu sesuatu yang amat dialu-alukan yang menunjukkan niat baik dan integriti bagi kedua-dua pihak
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kanada keluarkan 41 diplomat dari India
Kanada telah mengeluarkan 41 diplomatnya dari India selepas New Delhi mengancam untuk melucutkan imuniti diplomatik mereka.
India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik."
Abe bantu bentuk semula dasar luar dan pertahanan Jepun - Bekas Diplomat
Miyagawa berkata antara cabaran terbesar buat Abe adalah untuk meningkatkan belanjawan pertahanan dan mengembangkan belanjawan penyelidikan.
Krisis Rusia-Ukraine: Rakyat Malaysia dijadual pulang ke tanah air hari ini
Kumpulan tersebut akan berlepas dari Warsaw selepas berjaya meninggalkan Kiev melalui jalan darat.
Krisis Rusia-Ukraine: Rakyat Malaysia lalui perjalanan darat selamat tiba di Poland
Rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine telah selamat tiba ke Poland kira-kira jam 5.45 pagi tadi selepas mengharungi perjalanan darat dari ibu negara Ukraine, Kiev.
Itali mulakan misi evakuasi dari Kabul
Mereka terdiri daripada warga Itali serta anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
Amerika Syarikat usir 10 diplomat Rusia
Sekatan terhadap enam syarikat Rusia yang menyokong usaha siber negara itu merupakan tindak balas pertama terhadap Kremlin kerana melakukan pencerobohan.
Sabah terima pakai sekatan kemasukan 23 negara ditetapkan Kerajaan Persekutuan
Semua kemasukan ke Sabah adalah tertakluk kepada arahan sekatan kemasukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dari semasa ke semasa.