Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah SWT, dan bukannya melarikan diri ke Madinah.
"Dalam kitab Fiqh Al-Sirah dikaryakan Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti yang mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW tatkala hijrah ke kota Madinah bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri dengan hanya melarikan diri begitu, tetapi adalah atas perintah dan tuntutan Allah SWT.
"Istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain," katanya dalam sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) sama ada kenyataan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang dilapor menyebut Nabi Muhammad SAW pernah menjadi 'pelarian' semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, boleh diklasifikasi sebagai menghina Rasulullah SAW.
Zulkifli sebelum menjawab soalan itu turut memohon maaf kerana tidak berada di Dewan Rakyat ketika Presiden Amanah itu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Menjawab soalan asal Mohd Fasiah mengenai jumlah aduan diterima berhubung pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW, Zulkifli berkata, Unit Pemantauan Isu Hina Agama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima dan menyaring 42,500 mesej aduan dalam media sosial sehingga 30 Jun lepas.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya 431 dikenal pasti sebagai aduan dan 83 pautan berkaitan telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan.
"Berasaskan aduan yang dipanjangkan oleh JAKIM, pihak SKMM telah menjalankan penelitian terhadap kandungan-kandungan tersebut dan ia diangkat untuk proses tindakan lanjut di bawah peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Zulkifli berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan SKMM, Polis Diraja Malaysia dan semua pihak berkuasa agama negeri bagi mengekang aktiviti penghinaan agama.
Sementara itu, beliau berkata, usaha menyampaikan kefahaman mengenai keindahan Islam kepada rakyat Malaysia akan dipergiat bagi memperbetulkan salah faham, sekali gus meredakan kes-kes penghinaan yang mungkin berpunca daripada silap faham terhadap ajaran Islam. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020

Dr Zulkifli menjelaskan, Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah SWT dan bukannya melarikan diri ke Madinah. - Gambar fail Astro AWANI

Berbasikal | TSG terus cemerlang di Turki
Khabar gembira dari sukan berbasikal, Terengganu Cycling Team (TSG) menang lagi di Turki...kali ini, menerusi kayuhan Carlos Quintero dan Metkel Ayob, sekaligus berjaya tamatkan kempen di Turki dengan cemerlang.

Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19
Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.

Penduduk Kampung Melayu Seelong terima air melalui projek Wakaf Air
Pelaksanaan projek melibatkan penyambungan sistem retikulasi dan ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894349/26093765541615250303058_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 9 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech 2. Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN
Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Bola Sepak | Kedah belum tentu beraksi dengan Renan Alves
Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak belum tentu boleh menagih kudrat Renan Alves bagi pertemuan dengan Sabah, walaupun tonggak pertahanan itu direhatkan ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim pada aksi pembuka tirai Liga Super 2021. Aidil turut berkongsi bersama wartawan, Shahrazad Sani tentang situasi kecederaan yang mungkin memaksa pembentukan semula barisan pertahanan termasuk tanpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim.

COVID-19 | WHO tidak sarankan pasport vaksin ketika ini
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19. Ini kerana wujud pertimbangan etika disebabkan ketidaksamarataan dalam pemberian vaksin ketika ini.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Lawatan Arab Saudi | PM tiba di Riyadh, disambut Putera Mahkota
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dari Madinah di Terminal Diraja disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan.

Liga Malaysia | Penonton boleh kembali ke stadium
Berita baik buat semua peminat sukan bola sepak tanah air apabila anda mungkin boleh kembali ke stadium tidak lama lagi. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Seri Reezal Naina Merican menyatakan KBS bersama Liga Bola Sepak Malaysia, MFL bakal memberi usul "protokol pengurusan penonton" kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN bagi kelonggaran untuk penonton menyemarakkan arena bola sepak musim ini.

Nabi Muhammad bukan melarikan diri - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli menjelaskan, Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah SWT dan bukannya melarikan diri ke Madinah.