Skip to main content

Malaysia

NADMA lancar aplikasi MyDIMS, mudahkan pantau maklumat bencana

KUALA LUMPUR, 24 April -- Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim meluncurkan aplikası Sistem Pengurusan Maklumat Bencana Malaysia (MyDIMS) sempena Resilient Asia 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. Aplikasi MyDIMS merupakan aplikası maklumat yang mengintegrasikan amaran dan data bencana daripada pelbagai agensi teknikal secara bersepadu dan pengguna boleh memantau status terkini jenis bencana, jumlah mangsa, serta bilangan Pusat Pemindahan Semen
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim meluncurkan aplikası Sistem Pengurusan Maklumat Bencana Malaysia (MyDIMS) sempena Resilient Asia 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melancarkan aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat Bencana Malaysia (MyDIMS) yang membolehkan orang ramai memantau situasi dan memaklumkan sebarang maklumat mengenai bencana.

Ketua Pengarah NADMA Meor Ismail Meor Akim berkata MyDIMS merupakan aplikasi maklumat yang mengintegrasikan amaran dan data bencana daripada pelbagai agensi teknikal secara bersepadu.

Advertisement

Beliau berkata pengguna boleh memantau status terkini jenis bencana, jumlah mangsa, serta bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka melalui aplikasi itu. 

"Antara kelebihan utama aplikasi ini ialah keupayaan menghantar Notifikasi Segera bagi amaran awal bencana sekiranya pengguna berada dalam lingkungan radius 25 kilometer dari kawasan bencana, sekali gus membantu perancangan dan pengurusan bencana secara kendiri dengan lebih teratur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran aplikasi tersebut di pameran Resilient Asia 2026 di sini hari ini.

Meor Ismail berkata MyDIMS juga menyediakan panduan navigasi ke PPS yang diintegrasikan dengan fungsi pemetaan digital yang membolehkan status PPS sama ada dibuka atau ditutup serta kapasitinya diketahui, bagi memudahkan perancangan pergerakan mangsa. 

Beliau berkata aplikasi itu juga menyediakan pautan dail segera MERS 999 untuk bantuan kecemasan yang lebih cepat.

"MyDIMS juga berfungsi sebagai hab rujukan dengan menyediakan pintasan ke aplikasi mudah alih agensi teknikal lain seperti myCuaca, MyPublic InfoBanjir, MyJAS EQMS, Bencana JKR, MylBJKM, dan myPasangSurut. 

"Pintasan ke aplikasi ini memberikan kemudahan setempat kepada pengguna, selain fungsi carian talian kecemasan yang memudahkan pengguna mencari nombor telefon pusat kawalan operasi bencana negeri dan daerah, serta agensi kecemasan berdekatan berdasarkan jarak lokasi semasa mereka," katanya.

Orang ramai boleh memuat turui aplikasi MyDIMS melalui Google Play Store dan Apple App Store.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video