KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM106 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri, untuk agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa-mangsa banjir, setakat hari ini.
Nadma dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100 peratus agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.
"Sehingga 10 malam semalam, sebanyak 50,939 ketua isi rumah telah menerima bantuan secara tunai daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) manakala 2,558 ketua isi rumah menerima serahan tunai di rumah dan 329 lagi menerusi transaksi 'Electronic Fund Transfer' (EFT).
"Untuk status agihan bagi ketua isi rumah yang terkesan banjir gelombang kedua, daripada 9,887 ketua isi rumah yang didaftarkan, 921 telah menerima BWI," menurut kenyataan itu.
Bagi agihan BWI yang melibatkan kematian, kenyataan dikeluarkan Nadma menyatakan daripada 57 kes yang dilaporkan, 40 waris telah menerima bantuan RM10,000 dengan 18 daripada jumlah itu menerima tunai di PKOB manakala 22 waris lagi telah dibuat serahan di rumah.
Selain itu, menurut laporan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sejumlah 319 ketua isi rumah telah membuat permohonan baucar diskaun barang elektrik.
"Menurut anggaran awal Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir 80,000 bilangan isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir ini.
"Bantuan ini adalah untuk agihan kepada rumah kediaman pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang terkesan oleh banjir, dan tersenarai sebagai mangsa bencana oleh PKOB," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan terdapat pertambahan satu kejadian tanah runtuh di Terengganu, menjadikan keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 di seluruh negara adalah 269.
Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melaporkan sehingga hari ini, sebanyak 58 lokasi kejadian cerun runtuh dan tanah runtuh di seluruh negara.
Sementara itu, Nadma memaklumkan sehingga 2 petang tadi, tiga negeri dilaporkan masih terkesan dengan bencana banjir melibatkan tujuh daerah di Pahang, Johor dan Melaka.
"Menurut laporan Met Malaysia, sehingga 3 petang 10 Jan 2022, tiada amaran hujan berterusan yang sedang berkuat kuasa. Cuaca semasa di Semenanjung Malaysia dilaporkan baik manakala hujan berterusan dijangkakan berlaku di barat Sarawak pada 11 hingga 13 Jan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Nadma memaklumkan sehingga 2 petang tadi, tiga negeri dilaporkan masih terkesan dengan bencana banjir melibatkan tujuh daerah di Pahang, Johor dan Melaka. - Gambar fail/ Bernama
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di Negeri Sembilan hampir RM1 juta - Aminuddin
Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Satu lagi kematian akibat strok haba, libat kanak-kanak tiga tahun - NADMA
Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh NADMA bertarikh 4 April, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.
Proses pembenihan awan hasilkan 67 peratus hujan di Sabah
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lepas di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67 peratus hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di Sabah berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Sabah peruntuk RM7.5 juta salur bekalan air kepada penduduk 12 daerah
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM7.5 juta untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada 58,080 keluarga di 12 daerah di negeri ini yang terjejas akibat cuaca panas dan kemarau.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Operasi pembenihan awan perlu waktu sesuai berikutan kos tinggi - Nik Nazmi
MetMalaysia akan memberi panduan waktu yang sesuai untuk melaksanakan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) berikutan cuaca panas di negara ini.
Nadma, MetMalaysia laksana pembenihan awan, stabilkan dua empangan paras kritikal
Nadma dengan kerjasama MetMalaysia melaksanakan Operasi Pembenihan Awan bagi menstabilkan paras dua empangan di utara Semenanjung Malaysia.