awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Air India: Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat

Bernama
Bernama
12/06/2025
12:31 MYT
Nahas Air India: Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat
Ekor pesawat Air India Boeing 787 Dreamliner yang terhempas dilihat tersangkut pada bangunan dalam kejadian di Ahmedabad, India. - Foto REUTERS/Amit Dave
PUTRAJAYA: Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad ketika berlepas pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Air India AI171 di Ahmedabad, India.
  • Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau perkembangan insiden dan akan menyalurkan maklumat terkini jika diperlukan.
  • Pesawat yang membawa 242 penumpang termasuk warga India, British, Kanada dan Portugal terhempas selepas berlepas.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan insiden berkenaan dan akan menyalurkan maklumat dikemas kini sekiranya perlu.
Bagi sebarang bantuan konsul, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai boleh dihubungi di alamat Unit 12A1, Unit 12A2 dan Unit 12A3, Tingkat 13, Bangunan Supreme Headquarters, Jalan 14 dan 33 berhampiran Link Square Mall, Bandra West, 400 050 Maharashtra, India atau menerusi talian +91 22 6996 5757 (Pertanyaan Am) atau e-mel ke [email protected].
Laporan Bernama dari New Delhi sebelum ini menyatakan bahawa sebuah pesawat Air India dalam penerbangan ke London yang membawa 242 orang termasuk 12 anak kapal telah terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad di negeri Gujarat, barat India pada Khamis.
Penerbangan AI171 itu berlepas pada pukul 1.38 tengah hari waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.
Pesawat Boeing 787-8 yang terhempas itu membawa 169 warga India, 53 warga British, seorang warga Kanada dan tujuh rakyat Portugal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas Air India
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai
#penerbangan AI171
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan