Nahas bas ekspres: Pemandu bas ditahan

Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang polis bantuan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini pada Ahad, ditahan bagi membantu siasatan. -Foto Sinar Harian
GOMBAK: Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang polis bantuan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, pada Ahad, ditahan bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden yang meragut nyawa seorang polis bantuan.
- Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan pemandu bas telah ditahan dan akan menjalani tempoh reman selama satu hari.
- Kemalangan berlaku apabila bas ekspres hilang kawalan, melintang di jalan raya, dan menyebabkan kematian penumpang bas serta kecederaan serius kepada pemandu lori, penunggang motosikal, dan penumpang bas lain.
Pada Ahad media melaporkan, sebuah bas ekspres yang hilang kawalan semasa berada di lorong kanan sebelum melintang di tengah lebuh raya dipercayai punca kemalangan yang menyebabkan penumpangnya maut dirempuh lori.
Noor Ariffin dilaporkan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.45 pagi, manakala siasatan awal mendapati kemalangan berkenaan berlaku sekitar jam 5.45 pagi.
Kejadian dipercayai berpunca apabila pemandu bas yang sedang bergerak di lorong kanan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan bas berkenaan melintang di tengah lebuh raya.
Akibat daripada keadaan itu, sebuah lori bonded dan sebuah motosikal yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri bas tersebut.
Beliau berkata, seorang penumpang bas disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, manakala pemandu lori, penunggang motosikal serta tujuh penumpang bas lain mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital sama.
Pemandu bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa seorang polis bantuan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Ahad? A: Kemalangan dipercayai berpunca apabila pemandu bas ekspres hilang kawalan, menyebabkan bas melintang di tengah lebuh raya dan dirempuh oleh lori.
- Q: Berapakah bilangan individu yang cedera dalam kemalangan tersebut? A: Sebanyak tujuh penumpang bas lain, pemandu lori, dan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital, manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan? A: Pemandu bas ekspres tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan, dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman, dan diberikan tempoh reman selama satu hari.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

