awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Double Six: 'Bapa saya tak harus dipersalah sepenuhnya'

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2023
20:45 MYT
Nahas Double Six: 'Bapa saya tak harus dipersalah sepenuhnya'
Kementerian Pengangkutan mendedahkan laporan nahas berlaku pada 6 Jun 1976, susulan persetujuan kerajaan menyahklasifikasi kerahsiaan laporan itu. - Foto The Golden Son of The Kadazan
SHAH ALAM: Syarikat penerbangan yang terlibat dengan nahas pesawat di Sabah pada 1976 seharusnya mempunyai tanggungjawab besar dalam insiden tersebut.
Anak kepada juruterbang pesawat berkenaan, Nizam Gandhi berkata, ayahnya, Gandhi J Nathan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya atas tragedi yang meragut Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 individu lain.
“Syarikat penerbangan memegang tanggungjawab lebih besar dalam memastikan muatan pesawat mengikut garis panduan.
“Juruterbang tidak sepenuhnya bertanggungjawab kerana syarikat yang perlu menyediakan kertas muatan sebelum berlepas,” katanya memetik The Star pada Khamis.
Pada Rabu, Kementerian Pengangkutan mendedahkan laporan nahas berlaku pada 6 Jun 1976, susulan persetujuan kerajaan menyahklasifikasi kerahsiaan laporan itu.
Laporan itu turut mengungkapkan bahawa juruterbang pesawat tidak mengikuti standard prosedur operasi yang sewajarnya selain syarikatnya tidak mematuhi langkah pengendaliannya dengan profesional.
Ia juga menambah bahawa Gandhi mempunyai sejarah penerbangan buruk.
Laporan itu disediakan bersama oleh Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Australia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Double Six
#nahas pesawat 1976
#Gandhi J Nathan
#Tun Fuad Stephens
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan