awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: Oyen sudah tiada

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2023
16:22 MYT
Nahas Elmina: Oyen sudah tiada
Seekor kucing dipanggil Oyen yang turut terlibat dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Elmina pada 17 Ogos lalu dimaklumkan telah mati. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Seekor kucing dipanggil Oyen yang turut terlibat dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Elmina pada 17 Ogos lalu dimaklumkan telah mati.
Perkara itu disahkan oleh doktor haiwan bernama Zul Erwan menerusi akaun media sosial.
Menurutnya, kucing tersebut didapati positif virus FIV (AIDS kucing) sehingga mengakibatkan sistem imun haiwan itu terjejas.
"Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.
"Oyen mungkin lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan," katanya menerusi hantaran di Instagram Zul Erwan Veterinary Clinic pada Ahad.
Kucing jantan itu dilaporkan telah diselamatkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan dihantar ke klinik dengan ambulans.
Oyen mengalami luka di bahagian rusuk dipercayai terkena serpihan semasa nahas dan dijangka memerlukan masa untuk sembuh.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nahas Elmina
#Oyen
#kucing
#pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan