awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: Tiada kutipan derma untuk Oyen

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2023
10:09 MYT
Nahas Elmina: Tiada kutipan derma untuk Oyen
Pihak klinik tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan memaklumkan Oyen kini dalam keadaan baik dan stabil.
SHAH ALAM : Tiada sebarang kutipan derma dilaksanakan untuk seekor kucing dipanggil Oyen, yang turut menjadi mangsa dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.
Perkara itu disahkan pihak klinik yang merawat kucing tersebut, Zul Erwan Veterinary Clinic menerusi satu hantaran di Instagram.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, klinik tidak ada membuka apa-apa (rayuan) bantuan derma atas nama Oyen.
"Jadi diminta berhati-hati jika ada sebarang bantuan (donation) atas nama Oyen," menurut hantaran tersebut pada Isnin.
Menerusi hantaran sama, pihak klinik juga memaklumkan tidak membenarkan sesiapa mengambil Oyen untuk dipelihara.
"Klinik ada menerima banyak 'Direct Message' (DM) dan panggilan untuk mengambil membela Oyen (adopt).
"Di sini saya memaklumkan bahawa Oyen tidak dibuka untuk adoption kerana masih mempunyai tuan iaitu salah seorang team ambulan KKM (Kementerian Kesihatan) yang membawa Oyen," katanya.
Pihak klinik tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan memaklumkan Oyen kini dalam keadaan baik dan stabil.
Kucing jantan itu sebelum ini dilaporkan diselamatkan oleh pegawai KKM dan dihantar ke klinik dengan ambulans.
Oyen mengalami luka di bahagian rusuk, dipercayai terkena serpihan semasa nahas dan dijangka memerlukan masa untuk sembuh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Oyen
#kucing cedera
#kutipan derma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan