awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
13/05/2025
10:10 MYT
Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (foto) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) Bil.1/2025 di Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Menteri hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Nahas maut membabitkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak boleh dielakkan jika lori yang terlibat menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) secara ketat.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa nahas maut FRU di Teluk Intan boleh dielakkan jika lori terlibat menjalani pemeriksaan Puspakom secara berkala dan ketat.
  • Siasatan awal mendapati kerosakan sistem stereng lori menjadi punca kemalangan, dan beliau menegaskan bukan hanya pemandu, tetapi pemilik syarikat lori juga perlu dipertanggungjawabkan.
  • Kenyataan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, susulan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota FRU dan mencederakan dua lagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan awal mendapati lori berkenaan mengalami kerosakan yang menyebabkan sistem sterengnya tidak berfungsi dan itu adalah perkara yang tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
"Tidak seharusnya berlaku jika kenderaan itu telah melalui ujian Puspakom. Untuk itu, kita bukan hanya meletakkan tanggungjawab kepada pemandu lori tetapi tuan punya syarikat juga harus dipertanggungjawabkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) di sini hari ini.
Pada 8.50 pagi tadi, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam.
Topic Berkaitan
#nahas FRU
#Ahmad Zahid Hamidi
#stereng lori
#Puspakom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan