awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa

Bernama
Bernama
23/04/2024
12:53 MYT
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
Noraini berkata ketika ini pihaknya khususnya JKM sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan keluarga mangsa daripada ATM sebelum bantuan diberikan. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ketika ini pihaknya khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan keluarga mangsa daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bantuan diberikan.
"Kita (KPWKM) ucapkan takziah kepada keluarga 10 mangsa. Selepas maklumat dikumpulkan, kita akan menghantar kaunselor daripada kementerian untuk mendengar dan bantu keluarga berkenaan.
"Kita tahu dalam kesukaran seperti ini, mereka mungkin memerlukan orang lain untuk membantu menenangkan dan memberi sokongan kepada mereka, kita akan sentiasa dan boleh membantu keluarga mangsa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) KPWKM@Seremban di sini hari ini.
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#KPWKM
#TLDM
#maklumat terperinci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan