awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban

Bernama
Bernama
23/04/2024
10:22 MYT
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Seramai 10 pegawai dan anggota TLDM terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.
TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga wanita terbabit adalah kru daripada Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) iaitu Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna yang ketiga-tiganya merupakan penumpang di dalam helikopter malang tersebut.
Sementara dua Pegawai Memerintah itu masing-masing adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad.
Lima lagi identiti mangsa yang terkorban seperti berikut:
Pesawat HOM-AW139
  1. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  2. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
  3. Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun
Pesawat Fennec (M502-6)
  1. Leftenan Sivasutan Thanjappan
  2. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi
"TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut," menurut kenyataan itu.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#helikopter TLDM terhempas
#identiti mangsa
#pegawai memerintah skuadron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan