IPOH: Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6 petang pada Selasa.
Jenazah mangsa dibawa ke hospital tersebut menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa individu dalam van jenazah berkenaan, dipercayai ahli keluarga kepada mangsa yang terlibat.
Berpandukan kepada kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pada petang tadi, semua jenazah dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat.
Begitupun, pihak media yang sudah berkampung di luar Jabatan Forensik HRPB masih belum mendapat maklumat terperinci berhubung proses tersebut.
Kru Astro AWANI akan terus berada di lokasi untuk memberikan perkembangan dari semasa ke semasa.
Astro AWANI pada Selasa melaporkan seramai 10 orang maut dalam nahas tersebut.
Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
ATM dan TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman memberitahu, lembaga tersebut dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan secara terperinci berhubung insiden itu.
Ridauddin Daud
Tue Apr 23 2024
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Astro AWANI
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).