KUALA LUMPUR: Pas memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.
Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata pihaknya turut mengalu-alukan tindakan menteri termasuk membatalkan acara sambutan ulang tahun ke-90 TLDM dan digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat Jumaat ini.
"Pas juga menyambut baik jaminan beliau untuk bukan sahaja membantu menguruskan jenazah mangsa, tetapi juga mengurus semua manfaat serta faedah yang sewajarnya diterima oleh balu dan keluarga mangsa bagi menjaga kebajikan mereka.
"Walaupun tidak menetapkan had masa untuk menyediakan laporan interim kejadian, jaminan menteri untuk melakukannya, selain keputusan kementerian untuk menubuhkan sebuah lembaga siasatan TLDM bagi mengenal pasti punca kejadian adalah langkah yang tepat dan sewajarnya disegerakan tanpa lengah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa, dua helikopter TLDM terhempas di Lumut ketika sedang menjalani raptai lintas hormat untuk kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Takiyuddin berkata pihaknya turut mengalu-alukan tindakan menteri termasuk membatalkan acara sambutan ulang tahun ke-90 TLDM. - Foto fail/BERNAMA
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.