awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/04/2024
06:45 MYT
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Lapan daripada van tersebut akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Ipoh.
IPOH: Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Menurut maklumat diberikan kepada media, lapan daripada van tersebut akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Ipoh.
Manakala sebuah van akan bergerak ke rumah mangsa di Sitiawan dan sebuah lagi akan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Setakat ini, difahamkan urusan bedah siasat sudah selesai dan hanya menunggu proses mandi dan kafan jenazah sebelum dibawa ke lokasi ditetapkan.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan dua trak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut membawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB kira-kira jam 9 pagi tadi.
Difahamkan, semua keranda berkenaan akan membawa 10 jenazah sebaik sahaja proses bedah siasat dan urusan lain selesai.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat lumut
#jenazah mangsa
#bedah siasat
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan