Skip to main content

Malaysia

Nahas helikopter Ulu Baram: Jenazah Kapten Zainol Afiq tiba di Masjid Bandar Baru Senawang

SEREMBAN - Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak tiba di Masjid Bandar Baru Senawang di sini pada Ahad._Sinar Harian
Jenazah Kapten Zainol Afiq tiba di Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Advertisement

SEREMBAN: Jenazah Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak tiba di Masjid Bandar Baru Senawang, di sini, pada Ahad.

Jenazah bapa kepada dua anak itu tiba di masjid terbabit kira-kira jam 4.30 petang dengan diiringi polis.

Solat jenazah kemudian dilaksanakan selepas solat Asar dan disertai lebih 500 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan orang ramai yang menunggu sejak tengah hari.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Senawang di Forest Heights untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Miri ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA dan dilapor tiba 2.30 petang.

Dalam nahas pada Selasa lalu itu, semua lima individu yang menaiki helikopter BO-105 kendalian Layang-Layang Aerospace maut selepas pesawat itu terhempas berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang jam 3.40 petang.

Selain Zainol Afiq, 31, turut terkorban Dr Ainul Baraah,33; pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat, Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement