awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas ketika pulang kenduri kahwin, 2 pelajar Polimas maut

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2014
05:40 MYT
Nahas ketika pulang kenduri kahwin, 2 pelajar Polimas maut
Dua penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam parit.
Dua penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra maut selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas ke dalam sebuah parit di Jalan Tok Jalai dekat sini kira-kira pukul 5 petang Khamis.
Mereka dan tiga rakan lain dikatakan baru pulang daripada menghadiri majlis kenduri kahwin seorang kawan di Alor Setar.
Seorang saksi, Shamsudin Shaari berkata kenderaan yang dinaiki lima pelajar itu gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pokok sebelum melambung dan terjunam ke dalam parit.
Tiga penumpang lain yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa yang terbunuh ialah Siti Nursyahirah Fathullah Omar, 19, dari Alor Setar dan Noor Syuhada Abdul Kadir, 19, dari Pendang.
Mereka merupakan penuntut semester pertama Diploma Kejuruteraan Awam yang baru dua minggu mendaftarkan diri di politeknik berkenaan.
Menurut ayah salah seorang mangsa, Abdul Kadir Mahmod, beliau kali terakhir berbual melalui telefon dengan anaknya sehari sebelum kejadian.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung nahas itu dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
Kedua-dua jenazah kemudian dituntut keluarga masing-masing dan selamat dikebumikan pagi Jumaat.
Topic Berkaitan
#Hospital Jitra
#kemalangan
#Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan